?Pembiayaan Musyarakah Pengaplikasian Strategi Modal Teroka
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pembiayaan Musyarakah Pengaplikasian Strategi Modal Teroka
Author: Mohd Fadzli Salmat, Aisyah Abdul-Rahman & Shifa Mohd Nor
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674126193
Weight:
Pages: 70pp
Year: 2018
Price : RM25
Institusi perbankan Islam telah berkembang pesat serta diterima oleh semua golongan, tanpa mengira agama dan kepercayaan mereka. Dengan pertumbuhan yang memberansangkan ini, maka sudah tiba masanya bagi industri perbankan Islam diorentasikan semula mengikut objektif ekonomi Islam dengan menekankan isu-isu berkaitan aspek sosial dalam konteks menjaga masalah ummah seperti mengelakkan ketidakadilan dan penindasan. Walau bagaimanapun, kebanyakan produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam adalah berkonsepkan jual beli seperti murabahah, bai’ as-salam dan tawarruq dengan kadar keuntungan yang dilihat umum sebagai terlalu tinggi serta mirip kepada pembiayaan ‘hutang’. Malangnya, perbankan Islam kurang berminat untuk menawarkan produk berdasarkan konsep perkongsian untung dan rugi seperti mudharabah dan musyakarah. Buku ini mengkaji cabaran yang dihadapi oleh perbankan Islam untuk menyediakan produk pembiayaan skuiti secara meluas dan memberikan cadangan melalui penerapan dan strategi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat model teroka yang berada di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa risiko yang tinggi, kesukaran pemilihan usahawan yang berkualiti dan ketiadaan jaminan modal merupakan penghalang kepada penawaran pembiayaan ekuiti oleh institusi perbankan Islam. Manakala faktor yang melibatkan pemilihan projek, penyaluran dana, pemantauan, dan bantuan selain modal daripada strategi kejayaan syarikat modal teroka boleh diaplikasikan kepada institusi perbankan Islam. Selain itu, buku ini juga mencadangkan penggunaan dana daripada peruntukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh perbankan Islam sebagai langkah permulaan untuk mereka berjinak-jinak menawarkan pembiayaan msyarakah.