• WhatsApp_Image_2019-05-09_at_00.51.11
  • WhatsApp_Image_2019-05-09_at_00.51.11
1

?Pengenalan Kerja Sosial Keluarga

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pengenalan Kerja Sosial Keluarga

Author: Noralina Omar

Publisher: UM Press

ISBN: 78-967-488-091-0

Pages:

Year: 2019

Price: RM38

Buku ini dihasilkan oleh pakar dalam bidang Kerja Sosial Keluarga. Buku ini merupakan buku rujukan praktis kerja sosial dalam Bahasa Melayu yang amat dinanti-nantikan oleh para pelajar dan pengajar dalam bidang kerja sosial di Malaysia memandangkan bilangan buku seumpama ini dalam Bahasa Melayu amat kurang dalam pasaran buku tempatan. Buku ini bukan sekadar berkongsi pengetahuan, malah turut berkongsi beberapa kemahiran dan teknik intervensi dalam praktis kerja sosial. Maklumat di dalam buku ini mampu dijadikan bahan bacaan utama kepada para pelajar dalam bidang kerja sosial, khususnya yang

mengambil kursus kerja sosial keluarga atau mahu mendalami ilmu mengenai praktis kerja sosial keluarga. Kandungan dalam buku ini juga boleh dijadikan panduan berguna kepada para pekerja sosial yang baru memulakan kerjaya. Buku ini juga dijangka menjadi bahan bacaan yang boleh memanfaatkan golongan pembaca yang sentiasa dahagakan ilmu dan amat meminati bidang perkhidmatan kemanusiaan. Akhir sekali, penghasilan buku ini diharap dapat memberi sumbangan kepada perkembangan bidang ilmu Kerja Sosial