• penyahbuah_jus_mengkudu-500x500
  • penyahbuah_jus_mengkudu-500x500
1

?Penyahbauan Jus Mengkudu Menggunakan Resin Penukar Ion

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Penyahbauan Jus Mengkudu Menggunakan Resin Penukar Ion

Author: Haslaniza Hashim, Mohamad Yusof Maskat & Saiful Irwan Zubairi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672429036
Weight: 0.293kg
Pages: 193
Year: 2020
Price: RM40

Buah mengkudu secara lazimnya menghasilkan bau busuk, terutamanya semasa masak ranum. Bau busuk yang dimaksudkan, bau yang tengik dan masam. Masalah ini berpunca daripada asid organik yang terkandung di dalamnya. Buku ini membincangkan tetang penyingkiran bau yang kurang menyenangkan tetapi pada masa yang sama meminimakan kehilangan antioksida. Penyahbauan asid organik dijalankan melibatkan proses penyahasidan menggunakan resin penukar ion yang terpilih. Jus M. citrifolia ternyahasid dianalisis untuk pH, kandungan asid oktanoik, aktiviti antioksida (FRAP dan DPPH), jumlah kandungan fenolik (TPC) dan sebatian antioksida individu. Sifat penjerapan asid organik dan sebatian antioksida (fenolik) ke atas resin penukar ion di dalam sistem model turut difokuskan. Penjerapan asid organik (asid oktanoik dan asid heksanoik) dan sebatian fenolik (rutin, skopoletin dan kuersetin) yang biasa dijumpai di dalam buah M. citrifolia dijalankan menggunakan resin penukar ion Amberlite IRA 67. Kemudian , penjerapan larutan model mengandungi asid organik dan sebatian fenolik menggunakan resin Amberlite IRA 67 dikaji dalam sistem model dan diaplikasikan dalam sistem buah sebenar. Penemuan ini dapat meningkatkan pemahaman terhadap mekanisme resin penukar ion dan proses penjerapan melibatkan sistem lebih kompleks.