• Capture68
  • Capture68
1

?Pergerakan Wanita Dalam Memperjuangkan Hak

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pergerakan Wanita Dalam Memperjuangkan Hak

Author: Nik Safiah Karim & Rokiah Talib
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674123871
Year: 2016
Weight: 0.200 kg
Pages: 185
Price: RM35

Sumbangan wanita dalam pembangunan negara jarang mendapatpengiktirafan. Kalau pun diiktiraf hanya menyatakan statistik bilangan wanitadalam pelbagai pekerjaan. Buku ini menyingkap sejarah perjuangan wanitaMalaysia bagi mendapatkan pengiktirafan serta hak kesaksamaan dalam pelbagaibidang dengan cara mereka tersendiri. Kalau di Barat tuntutan hak wanitadimulakan oleh badan bukan kerajaan (NGO). Di Malaysia atau Tanah Melayu ketikaitu, wanita Melayu khususnya menyertai kaum laki-laki; bukan menuntut hakwanita, tetapi hak yang agenda lebih besar iaitu maruah negara yang dijajahsemasa mereka menentang Malayan Union. Bermula daripada titik sejarah tersebutperjuangan wanita menuntut kesaksamaan memperlihatkan gabungan tenaga olehpemimpin politik dengan NGO dan kemudiannya dengan badan akademik. Di ambangPersidangan Bangsa-bangsa Bersatu di Beijing 1995 (UN World Conference on Women1995) suara wanita disambut oleh kerajaan dengan menghadiahkan sebuah bab“Wanita dalam Pembangunan” dalam dasar pembangunan negara. Selepas Beijingwanita menuntut kerajaan melaksanakan dasar yang dicetuskan, iaitu wanitahendaklah diberi peranan pada peringkat membuat dasar pembangunan negarasehingga 30%. Walaupun matlamat inibelum tercapai, namun sudah ramai wanita yang berkebolehan menyandang pelbagaijawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta. 

Negara kita memberi hak untuk wanitamengundi apabila sistem pengundian dalam pilihan raya dilaksanakan, berbezadengan beberapa buah negara lain di Barat. Buku ini cuba menyingkap sejarahpergerakan serta perjuangan wanita tempatan pada peringkat awal yang berjuangbagi memartabatkan kedudukan wanita dalam keluarga dan masyarakat. BarisanSrikandi yang dikisahkan dalam buku ini melibatkan diri dalam pelbagai badansukarelawan dan politik. Mereka adalah sukarelawan tulen tanpa mendapatsebarang upah atau ganjaran yang berjuang dengan mengamalkan perkongsian bijak,kerana pemimpin mereka adalah bertaut dalam dua bidang, iatu politik dan NGOseperti yang diamalkan oleh NCWO. Seperkara lagi yang menyentuh hati ialahperpaduan kaum yang sangat intim seperti yang ditunjukkan oleh badan sepertiNCWO. Bagi badan kebangsaan ini antara hak wanita yang dituntut awal-awal lagiialah “gaji sama bagi kerja yang sama” dan “taraf pekerja tetap bagi wanitasetelah berkahwin”. Sekalung penghormatan juga harus diberi kepada barisanpemimpin awal NCWO yang mempunyai pandangan jauh demi perpaduan kaun denganmeletakkan dasar yang menghayati mantera “Perpaduan dalam kepelbagaian”.