?Timbangan Yang Adil: Pada Meluruskan Golongan Ahli Ta'lim
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Timbangan Yang Adil: Pada Meluruskan Golongan Ahli Ta'lim
Author: Ab? ??mid Mu?ammad bin Mu?ammad al-Ghaz?l? (Imam al-Ghazali)
Translator: Ustaz Abdullah Zawawi bin Mohd Zawawi
Publisher: Nizamiyyah Institute
ISBN:
Weight: 300g
Pages: 199
Year: 2021
Price: RM40
Imam al-Ghazali – sebagaimana yang dapat dilihat melalui karya-karya beliau – merupakan salah seorang tokoh prolifik yang sangat dikenali dengan bantahan dan sanggahannya terhadap aliran-aliran terpesong seperti golongan Fal?sifah dan B??iniyyah atau dikenali juga sebagai Ta‘l?miyyah.
Dalam usaha beliau menjelaskan dan menentang kebatilan pegangan golongan Fal?sifah, maka lahirlah dua kitab beliau yang tidak asing lagi dalam kalangan para pengkaji: Maq??id al-Fal?sifah dan juga Ta??fut al-Fal?sifah. Adapun kitab-kitab beliau yang dikhususkan bagi membincangkan mengenai golongan B??iniyyah, maka di antaranya adalah seperti Fa??i? al-B??iniyyah, Qaw??im al-B??iniyyah, Mufa??al al-Khil?f, al-Qi???s al-Mustaq?m dan beberapa kitab yang lain.
Dari sini, terserlah salah satu tujuan daripada penulisan al-Qi???s al-Mustaq?m – sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ghaz?l? sendiri di dalam karya autobiografi beliau yang terkenal, al-Munqidh Min al-?al?l – iaitu menzahirkan tentang ketidakperluan kepada ‘Imam Maksum’ yang didakwa oleh golongan ahli Ta’l?m.
Adapun tujuan kedua daripada penulisan buku ini adalah bagi menjelaskan apa yang dinamakan oleh beliau sebagai ‘timbangan-timbangan bagi ilmu’ atau lebih dikenali dalam kalangan ahli ilmu sebagai qiy?s-qiy?s mantik yang lima.
Maka, selain dianggap sebagai salah satu kitab utama dalam menzahirkan kebatilan pegangan golongan Ta‘l?miyyah, al-Qis??s al-Mustaqim dari sudut pandang yang lain dapat dilihat sebagai kitab rujukan bagi peringkat awal dalam rantaian silibus pengajian ilmu Mantik Imam al-Ghazali kerana hanya menyentuh salah satu daripada perbahasan ilmu Mantik iaitu perbahasan qiy?s (silogisme). Kemudian, diteruskan pula setelah itu dengan kitab-kitab Mantik beliau yang lebih tinggi seperti Mi?akk al-Na?ar dan Mi‘y?r al-‘Ilm.