• Kesalahan_Jenayah_Syariah-600x600
  • Kesalahan_Jenayah_Syariah-600x600
1

?Undang - Undang Kesalahan Jenayah Syariah Di Malaysia

Regular price
RM 58.00
Sale price
RM 58.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Undang - Undang Kesalahan Jenayah Syariah Di Malaysia

Author: Siti Zubaidah Ismail

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-885-0

Year: 2017

Weight: 0.350 kg

Pages: 256 pp

Price: RM58


Kesalahan jenayah syariah di Malaysia telah mengalami pelbagai cabaran dan pentafsiran sejak 40 tahun kewujudan dalam enakmennya yang tersendiri. Buku ini meliputi perbincangan tentang kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan elemen-elemennya berdasarkan kategori yang diperuntukkan di bawah Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Ia membabitkan kategori kesalahan terhadap akidah, kesalahan terhadap kesucian Islam dan institusi agama, kesalahan berkaitan tatasusila dan kesalahan pelbagai. Turut dibincangkan ialah kesalahan-kesalahan yang terdapat di bawah enakmen lain seperti kesalahan berkaitan perkahwinan dan akad nikah yang termaktub di bawah Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Buku ini turut dimuatkan dengan kesalahan berkaitan pengembangan agama bukan Islam dalam kalangan orang yang beragama Islam. Satu bab khusus juga diperuntukkan bagi menghuraikan tentang perbuatan pertukaran agama dan penentuan status agama di negara ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Siti Zubaidah Ismail berkepakaran dalam bidang undang-undang jenayah syariah dan aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang keadilan jenayah, perundangan jenayah syariah dan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di negara-negara Islam