?Undang-Undang Perubatan Dari Perspektif Islam
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Undang-Undang Perubatan Dari Perspektif Islam
Author: Abdul Basir Mohamad
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834913595
Weight: 250g
Pages: 233
Year: 2019
Price: 22.00
Buku ini memenuhi keperluan disiplin ilmu perubatan dan perundangan Islam. Perbincangan buku ini berkaitan dengan kewajipan dan tanggungan pengamal perubatan. Selain itu, disenaraikan syarat dan kelayakan yang perlu ada dalam amalan perubatan. Dimuatkan juga kontrak antara doktor dengan pesakit. Seterusnya, buku ini membahaskan asas dan syarat tanggungan doktor serta tindakan salah doktor dan pembantunya. Dinyatakan juga dalam manuskrip ini tanggungan akibat kemudaratan pesakit.
Penerbitan buku ini sesuai dengan era masa kini kerana menggabungkan ilmu perubatan Islam, tanggungan pengamal perubatan dan undang-undang tort. Penulisan buku ini menampilkan pelbagai maklumat, mantap dan meyakinkan kerana merujuk kitab-kitab turath (klasik) yang berautoriti. Oleh itu, buku ini sangat sesuai untuk dibaca oleh ahli akademik, para pengamal undang-undang, pengkaji undang-undang Islam, pendakwah, pelajar dan pembaca umum.