• Telerik.Web.UI.WebResource.jpg
  • Telerik.Web.UI.WebResource
1

Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama''ah: Menghadapi Cabaran Semasa.

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama'ah: Menghadapi Cabaran Semasa.

Editor: Muhammad Rashidi Wahab & Mohd Faizul Azmi

Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka

ISBN: 9789834619725

Pages: 257 pp

Year: 2019

Weight: 0.320kg

Price: RM30

Penggunaan istilah "Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah" bagi judul buku ini bukan sahaja merujuk sebuah mazhab akidah terbesar umat Islam, malah istilah ini turut membawa pengertian bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah merupakan sebuah doktrin Islam yang mempunyai metodologi dan pendekatan tersendiri berpandukan al-Quran dan Sunnah. Dari sudut lain, tujuan diketengahkan istilah "Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah" adalah untuk membezakan antara pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dengan aliran pemikiran bidaah silam seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah dan lain-lain, serta aliran pemikiran moden Barat semasa seperti Pascamodenisme, Sekularisme, Liberalisme, Ateisme dan lain-lain. Maka istilah "Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah" bagi judul buku ini didapati bersesuaian digabungkan dengan istilah "Menghadapi Cabaran Semasa" kerana istilah tersebut memberikan maksud keutuhan metodologi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dalam menghadapi pelbagai cabaran pemikiran semenjak generasi awal Islam sehingga zaman kontemporari kini.

Perkara inilah yang cuba disentuh dalam lapan makalah akademik yang dikemukakan dalam buku ini meliputi perbincangan isu-isu berkaitan dengan akidah dan pemikiran yang menjadi permasalahan atau persoalan sebahagian umat Islam semasa. Dalam erti kata lain, buku ini bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah di Malaysia khususnya dari aspek akidah. Oleh itu, buku ini penting untuk dimiliki oleh setiap umat Islam di Malaysia yang majoritinya berfahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah aliran Asya'irah.