• dffeff.png
  • dffeff
  • dffeff.png
  • dffeff
1

Akidah Bersanad Imam Al-Shafi''i

Regular price
RM 51.00
Sale price
RM 51.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Akidah Bersanad Imam Al-Shafi'i

Author: Imam Sadr al-Din Abi al-Wafa Sulayman bin Yusuf al-Yasufi 
Publisher: PiS
ISBN: 9789672910367
Weight: 0.4kg
Pages: 192
Year: 2024
Price: RM51

Penemuan manuskrip terbaru ini membentangkan kepada kita, akidah Imam kita al-Shafi’i melalui jalur riwayat al-Yasufi. Sekiranya kita merujuk kepada lafaz riwayat al-Hakkari (terbitan Karya PiS pada tahun 2019 sebelum ini), kita akan lihat perbezaannya adalah sangat minimal. Menguatkan lagi perkara ini, sanad akidah melalui riwayat al-Yasufi tidak bertemu pun dengan sanad al-Hakkari, malah paksi sanad mereka berdua telah pun terpisah sejak pada awal lagi, iaitu pada ibn Abi Hatim al-Razi (wafat: 327H).

Buku ini menyertakan salinan manuskrip tulisan tangan yang dirujuk oleh pentahkik kitab ini, serta susur galur sanad periwayatan teks akidah ini daripada Imam Al-Shafi’i, dan terus bersambung sehingga ke pentahkik (lebih kurang melalui 25 perawi) alhamdulillah. Akidah Ahli Sunnah adalah akidah bersanad, yang datang daripada sumber yang tulen, yang direkod, dipelihara dan diriwayatkan zaman berzaman.

Segala puji bagi Allah atas nikmat yang sangat besar ini. Semoga Allah menjadikan buku terjemahan ini bermanfaat untuk setiap orang yang memilikinya dan mengambil istifadah daripadanya. Setiap tempahan daripada para pembaca sangat membantu kami untuk penerbitan lebih banyak khazanah ulama yang berharga ini. Kerana para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi ilmu agama yang diwariskan melalui para ulama.