Al-Amin Fi Al-Arbain Min Ahadith Sayyid Al-Mursalin: 40 ?if?t Terpuji Daripada ?ad?th Penghulu Sekalian Nab? (Berserta Terjemahan Dan Keterangan Dalam Bahasa J?w?)
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Al-Amin Fi Al-Arbain Min Ahadith Sayyid Al-Mursalin: 40 ?if?t Terpuji Daripada ?ad?th Penghulu Sekalian Nab? (Berserta Terjemahan Dan Keterangan Dalam Bahasa J?w?)
Author: Kiyai A?mad Zuhr? Mutammim
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN: 9789672422211
Weight: 350
Pages: 164
Year: 2021
Price: RM35
Sepanjang sejarah perjalanan agama Isl?m, terdapat sebilangan ‘ulam?’ yang sentiasa berusaha mengumpulkan empat puluh ?ad?th nabaw?—mengambil berkat daripada sebuah sabda Baginda Ras?lu’Ll?h ?all?’Ll?hu ‘alayhi wa-sallam, bahawa barang siapa meng?afa? empat puluh ?ad?th daripadanya, akan dibangkitkan sebagai seorang faq?h lagi ‘?lim pada hari qiy?mat (aw kam? q?l). Antara kumpulan-kumpulan a??d?th yang terkenal adalah ?ad?th 40 yang dikumpul oleh al-Im?m al-Nawaw? ra?imahu’Ll?h.
Para ‘ulam?’ dari ‘?lam Melayu turut menuruti tradisi ini, antaranya adalah al-Mar??m Kiyai A?mad Zuhr? Mutammim Singapura. Kiyai A?mad Zuhr? telah mengumpulkan 40 ?ad?th berkenaan pelbagai as?s-as?s agama Isl?m; fa??lat sembahyang, puasa, zak?t dan ?aji; anjuran berakhl?q mulia; kew?jipan amar ma‘r?f dan nah? munkar; serta sebahagian ‘amalan penting daripada ‘ilmu ta?awwuf. Matan-matan ?ad?th yang dikumpul dilampirkan bersama ma‘n?nya, disertai keterangan ringkas dalam bahasa yang mudah dan lembut.
Disertai dengan Pengenalan oleh Dr. Mohd. Khafidz Soroni dari Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
****
Kiyai A?mad Zuhr? Mutammim (1905-1985) ialah tokoh 'ulam?' yang mashh?r dari Singapura. Beliau merupakan Yang di-Pertua pertama bagi Persatuan Guru-guru Agama Islam Singapura (PERGAS) yang ditubuhkan pada tahun 1957 serta Guru Besar (Mudir) Madrasah al-Saqq?f al-‘Arabiyyah, Singapura. Kiyai Zuhri pernah menjadi sebahagian anggota Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Beliau menguasai ‘ilmu fiqh, na?u, tafs?r, ?ad?th, u??ludd?n, ta?aww?f dan bal?ghah. Atas jasanya yang besar kepada masharakat di Singapura, Kiyai Zuhri dianugerahi ''Ilmiawan’ MUIS pada 1979 dan ‘Jasawan’ PERGAS pada 1982.
“Antara yang mena‘jubkan, Kiyai ??ji A?mad Zuhr? hanya memilih ?ad?th-?ad?th yang ?a??? dan ?asan sahaja untuk dimuatkan di dalam karyanya ini. Keprihatinan terhadap aspek ini, menunjukkan beliau cukup memahami keperluan untuk mengenal pasti kedudukan ?ad?th-?ad?th Nabi SAW yang perlu diajarkan dan disebarkan kepada masharakat.”
- Dr. Mohd. Khafidz Soroni
“Maka permulaan mengetahui itu belajar dan kesudahannya itu ber‘amal. Maka kedua-dua itu menjadi tanda bagi kebaikan.”
- Kiyai Ahmad Zuhr? Mutammim (1905-1985)