• 26047125_1644362842289124_5841960148973419153_n
  • 26047125_1644362842289124_5841960148973419153_n
1

Al-Wasiyyah Al-''Izziyyah: Wasiat Shaykh ''Izzuddin bin ''Abd al-Salam Kepada Tuhannya Beserta Syarahan

Regular price
RM 17.00
Sale price
RM 17.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Al-Wasiyyah Al-'Izziyyah: Wasiat Shaykh 'Izzuddin bin 'Abd al-Salam Kepada Tuhannya Beserta Syarahan

Penulis: 'Izzuddin bin 'Abd al-Salam al-Sulami al-Dimashqi

Penterjemah & Disyarahkan: Mohammad Syafiq Ismail

Penerbit: ABIM Press

ISBN: 9789672158035

Harga: RM17.00

Tiada perkara yang lebih pasti, buat semua yang bernyawa, bahawa ia akan berakhir. Islam mengajar kita memandang kematian sebagai bukan pengakhiran hakiki, tetapi pengakhiran marhalah, dan umpama pintu, ia membuka permulaan bagi marhalah baharu dalam kehidupan seterusnya, kehidupan Akhirat, yang abadi. Ia positif terhadap seluruh fenomena manusiawi. Allah, kerana rahmatNya, mengisyaratkan di akhir surah al-?ijr, “Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu perkara yang yakin pasti (berlaku, yakni mati).” Kita bukan hidup untuk mati, tetapi untuk menghayati (hayat-hidup) dunia ini; bahawa kefanaannya bukan untuk disia-siakan, tetapi untuk dimanfaatkan sebaiknya buat kemanusiaan, yang pada masa yang sama juga merupakan persiapan menuju ke Negeri Akhirat.

Wasiat ini, antara pusaka peninggalan Shaykh ?Izzudd?n bin ?Abd al-Sal?m yang terkenal dengan gelar Sul??n al-?Ulam?’, selaku peringatan kepada kita yang masih hidup, untuk mengambil iktibar daripadanya dan merenung semula ke mana perjalanan kita sesudah mati, dan sudah bersiapkah kita untuk mengalaminya. Hakikatnya, wasiat ini adalah doa daripada sang hamba yang fana kepada TuhanNya yang Maha Hidup dan Kekal selamanya.

Terjemahan ini disediakan buat sidang pembaca, mengajak bersama merenungkan, perjalanan yang pasti ditempa, seluruh insan.