Anak Malaya Di Republik Turki
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Anak Malaya Di Republik Turki
Penulis: Thaqib Shaker
ISBN: 9789672007067
Muka Surat: 224
Penerbit: ILHAM Books
Tahun: 2017
Seringkali,kebanyakan rakyat Malaysia hanya disajikan dengan kisah-kisah Turki daripadasatu persepsi sahaja. Khususnya tentang zaman kegemilangan EmpayarUthmaniyahnya dan penulisannya tumbuh pesat bagai cendawan. Jarang sekalikedengaran tentang bumi Turki dari sudut yang berbeza seperti yang diceritakanoleh anak muda ini. Melanjutkan pelajarannya di sebuah kota yang bernama Izmir.Satu kota di mana kedudukan lokasinya terletak berhadapan dengan Greece danLautan Ege merentangi keduanya. Kesan daripada kedudukan geografi seperti injjuga barangkali telah mencorak kehidupan sosial yang begitu kontradiksi sekaliberbanding penduduk Turki di kota yanglain. Rata-rata penduduk Izmir mengimani fahaman sekular dan memilih gaya hidupmoden barat. Kota Izmir juga telahmenjadi tempat transit untuk pelarian-pelarian Syria sebelum meneruskanperjalanan mereka ke Pulau Chios yang terletak di Greece.
Kehidupanpenulis di kota Izmir begitu warna warni sekali. Dikelilingi oleh teman-temanyang berlatar belakangkan agama, budaya dan bangsa yang berbeza. Gaya hidupyang berbeza seperti meneguk alkohol sebagai minuman harian adalah misalannya.Bagaimanapun, penulis masih mampu mengimbangi kehidupan di Izmir. Pengorbanandan usaha penulis seperti yang dinukilkan telah banyak mengubah persepsi danpandangan hidup masyarakat di Izmir. Sehinggakan ada dalam kalangan mereka yangmenjadikan bendera Malaysia sebagai hiasan di kedainya. Pelarian-pelarian Syriayang menumpang di Izmir pula mengibarkan bendera Malaysia sambil melaungkan,“Bendera ini mengubati luka kami!” Kisah pengalaman penulis menjawab persoalankeTuhanan juga membuka ruang fikir wanita muda dari Itali, Eleonara. Dari gadis yang berfahaman Atheist kepadacahaya Islam.