• PO.PNG
  • PO
  • PO.PNG
  • PO
1

Analisis Data Kualitatif dengan Atlas.ti 8

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Analisis Data Kualitatif dengan Atlas.ti 8

Author: Othman Talib
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789673449828
Weight: 
Pages: 124
Year: 2019
Price: RM38

Buku Analisis Data Kualitatif dengan ATLAS.ti 8 ini memberi tumpuan kepada tiga projek kajian kualitatif sebagai asas memahami aplikasi ATLAS.ti 8 bagi memberikan senario situasi kajian sebenar. Kajian kualitatif sebagaimana kajian kuantitatif juga adalah satu pendekatan yang sangat penting khususnya dalam kajian sains sosial. Kajian ini penting kerana keupayaannya mengupas secara mendalam data subjektif berbentuk seperti temu bual, nota lapangan, rakaman suara, video, foto, dokumen dan online discourse bagi mentafsir pendapat, persepsi dan persetujuan. Computer Aided Qualitative Data Analysis (CAQDAS) merujuk kepada perisian computer untuk menganalisis data kualitatif. Terdapat beberapa contoh CAQDAS di pasaran seperti AS.ti, NVivo, MAXqda, Qualrus dan lain-lain lagi. Buku ini memperkenalkan ATLAS.ti 8 sebagai satu lagi alternatif kepada mereka yang berminat untuk membuat kajian kualitatif dengan perisian ini. ATLAS.ti 8 sebagaimana CAQDAS yang lain dibina untuk membantu penyelidik membongkar secara sistematik kisah di sebalik data kualitatif. Penulis mengekalkan istilah bahasa lnggeris dalam buku ini bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan memastikan istilah tersebut menepati penggunaannya dalam ATLAS.ti 8 sendiri