• 229313730_5930828886958835_5160695754309049502_n
  • 229313730_5930828886958835_5160695754309049502_n
1

Antena Tatasusun Pantulan: Terintegrasi Sel Suria

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Antena Tatasusun Pantulan: Terintegrasi Sel Suria

Author: Arshad Selamat, Norbahiah Misran, Mohd Fais Mansor & Mohammad Tariqul Islam
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512639
Weight:
Pages: 112
Year: 2021
Price: RM25

Buku ini mempersembahkan konsep dan prinsip asas antena tatasusun pantulan yang diintegrasikan bersama sel suria. Antena tatasusun pantulan mempunyai permukaan rata, begitu juga dengan sel suria dan menyebabkan kedua-dua struktur ini boleh disatukan sebagai sebuah struktur. Walau bagaimanapun, prestasi antena ini dibatasi lebar jalur yang sempit dan julat fasa lelurus yang rendah menyebabkannya kurang berprestasi sebagai antena bergandaan tinggi. Buku ini mengetengahkan rekabentuk elemen pemantul bagi antena ini pada jalur-Ku dengan lebar jalur melebihi 15%, julat fasa lelurus melebihi 300° dan diintegrasikankan dengan sel suria agar berlaku penjimatan ruang. Namun begitu, prestasi antena dan sel suria didapati merosot selepas proses integrasi dan ia berjaya ditingkatkan kepada melebihi 30% dan 60% kecekapan. Pemilihan bentuk elemen bagi mendapatkan lebar jalur optimum amat penting dan ia melibatkan analisa variasi ketebalan dan kebertelusan bahan substrat. Filem lutsinar yang bersifat pengalir dan membenarkan maksimum cahaya matahari menembusinya dipilih sebagai bahan elemen pemantul sama ada filem Timah Oksida Indium, Kapton atau Polister Bersadur Perak. Pemilihan jenis teknologi sel silikon melibatkan sel suria jenis monocrystalline silicon (mono-Si) yang meliputi monofacial dan bifacial. Dengan menggunakan bentuk elemen yang bersesuaian antena tatasusun pantulan kemudiannya dibangunkan. Prestasi antena dengan sel suria ini berupaya mencapai nilai gandaan yang diperlukan, tetapi prestasi sel suria masih terganggu. Kecekapan sel suria struktur ini boleh ditingkatkan dengan tambahan sel suria di sekelilinnya.