• 1_5fwh-qe.jpg
  • 1_5fwh-qe
1

Asas Teologi dan Falsafah Politik Muslim

Regular price
RM 52.00
Sale price
RM 52.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Asas Teologi dan Falsafah Politik Muslim

Author: Makmor Tumin

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674881184

Pages: 194pp

Year: 2019

Weight: 0.328kg

Price: RM52

Globalisasi dan faedah daripada perkembangan teknologimaklumat telah digunakan oleh pelbagai pihak bagi mengembangkan dan mengukuhkanpegangan agama dan ideologi politik masing-masing. Dalam situasi seumpamainilah pelbagai karya yang ditulis oleh ahli-ahli falsafah politik Islam banyakdiketengahkan ke persada antarabangsa.

Sungguhpun begitu, rata-rata tulisan yang ada hanyaditerbitkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, dan ia tentunya menyukarkankumpulan yang hanya mahir satu bahasa sahaja seperti bahasa Melayu, bahasa yangsetidaktidaknya masih menjadi lingua franca di Nusantara. Buku ini mengangkat idea-ideafalsafah politik Islam dari sudut pandangan beberapa tokoh cendekiawan Muslimyang merangkumi cendekiawan dari pelbagai aliran, kebanyakannya dari Ahli Sunnahwal Jamaah dan beberapa dari aliran Syiah.

Seramai 12 cendekiawan Islam diulas buah fikiran mereka masing-masing,bukan sahaja dari segi akidah dan teologinya, bahkan yang lebih khususberkaitan dimensi politik atau siyasahnya. Dua belas tokoh yang dimaksudkanialah al-Farabi, Ibnu Sina, al-Mawardi, al-Ghazali, Ibnu Rusyd, al-Tusi, IbnuTaymiyyah, Ibnu Khaldun, al-Majlisi, Shah Waliullah, al-Tunisi dan al-Fathani.

Selain daripada pertimbangan aliran akidah dan politiktokoh-tokoh cendekiawan yang dihuraikan dalam buku ini, pertimbangan dari segilingkungan kuasa pemerintahan (yang mana tokoh-tokoh berkenaan, sama ada secaralangsung atau tidak, mendapat naungan politik) juga diambil kira dalam bukuini. Lingkungan kuasa politik yang dimaksudkan di sini termasuklah semasapemerintahan Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah, Dinasti Safavid, DinastiMughal serta kuasa pemerintahan Kesultanan Melayu di Nusantara.

Diharapkan buku ini dapat menambah khazanah penulisan dalambahasa Melayu yang cuba memudahkan huraian tentang isu-isu abstrak kepadapembacanya seperti persoalan akidah dan falsafah Islam, khususnya akidah dan falsafahpolitik tokoh-tokoh Islam.