• 157737212_3786046564822229_1119507231173995705_n.png
  • 157737212_3786046564822229_1119507231173995705_n
  • 157737212_3786046564822229_1119507231173995705_n.png
  • 157737212_3786046564822229_1119507231173995705_n
1

Bank Negara: Sejarah & Evolusi Pengawalan Order Ekonomi Dunia

Regular price
RM 5.00
Sale price
RM 5.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Bank Negara: Sejarah & Evolusi Pengawalan Order Ekonomi Dunia

Editor: Fahmi Bahrudin
Publisher: IRIS Institute
ISBN: 
Weight: 0.1 kg
Pages: 28
Year: 
Price: RM5

1. Pembentukan bank pusat dengan model-model bank di Eropah telah menjadi satu keperluan kepada semua negara di dunia. Bank of England, sebagai antara institusi bank pusat tertua di dunia telah berperanan penting dalam melobi beberapa dasar utama yang menjadi asas kepada penubuhan bank-bank pusat di negara lain dan institusi kawalan kewangan antarabangsa.

2. Institusi kawalan kewangan antarabangsa seperti International Bank of Reconstruction and Development (IBRD) atau World Bank, International Monetary Fund (IMF) dan Bretton Woods Institutions (BWIs) adalah hasil daripada persidangan Bretton Woods pasca perang dunia kedua. Sehingga ke hari ini, institusi-institusi inilah yang berkuasa mengawal polisi dan tindakan semua bank-bank pusat di dunia.

3. Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki matawang dan aktiviti kewangan yang rancak tidak terkecuali memiliki bank pusat seperti di negara-negara lain, dikenali sebagai Bank Negara Malaysia (BNM).

4. Bank pusat seperti Federal Reserve di Amerika Syarikat memperlihatkan kuasa autonomi yang terlalu kuat dalam pentadbiran negara. Timbul persoalan, adakah Bank Negara Malaysia (BNM) turut mempunyai kuasa dan bentuk yang sama seperti bank pusat tersebut? Apakah sebenarnya bentuk operasi dan lingkup kuasa BNM sebagai institusi kawalan matawang utama negara? Timbul juga persoalan, siapakah sebenarnya pihak yang memiliki autoriti dan menentukan polisi-polisi kewangan di setiap bank pusat atau bank negara?