• Bicara-Iman-Untuk-Tenang_UPDATED
  • Bicara-Iman-Untuk-Tenang_UPDATED
  • Bicara-Iman-Untuk-Tenang_UPDATED
  • Bicara-Iman-Untuk-Tenang_UPDATED
1

Bicara Iman untuk Tenang

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Bicara Iman untuk Tenang

Author: Pahrol Mohd Juoi
Publisher: Jejak Tarbiah
ISBN: 9786297561110
Weight: 293 g
Pages: 283 pp
Year: 2023
Price: RM45

Kita melihat warna alam ini sangat cantik. Ada warna oren, jingga, kuning keemasan & sebagainya. Dalam situasi ini, kita biasanya menikmati sahaja lukisan alam atau mahakarya daripada Allah SWT. Jadi, kita tidak memilih untuk berkrisis dengan lukisan alam. 

Namun, mengapakah kita mempunyai sikap atau rasa hati yang berbeza ketika menghadapi lukisan takdir? Kita selalu menimbulkan persoalan; mengapa jadi begini?

Jika kita bersahabat dengan lukisan alam, ia menimbulkan ketenangan. Begitu juga sekiranya kita bersahabat dengan lukisan takdir, kita akan menikmati ketenangan kerana hakikatnya kedua-duanya sama datang daripada Allah SWT.

Bicara Iman untuk Tenang sarat dengan kisah realiti hidup yang sering kita hadapi sebagai manusia. Naskhah ini begitu menusuk hati dan akan menyentak jiwa kita, tentang betapa pentingnya iman untuk bertenang.