Efluen Minyak Kelapa Sawit Sebagai Medium Pertumpuhan Mikroorganisma
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Efluen Minyak Kelapa Sawit Sebagai Medium Pertumpuhan Mikroorganisma
Author: Hana Najian Mokhtardin, Farah Diba Abu Bakar & Ainon Hamzah
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672511403
Weight: 0.183kg
Page: 112
Year: 2021
Price: RM25
Buku ini ditulis bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang bahan buangan agrikultur khususnya dari hasil pemprosesan minyak kelapa sawit yang boleh diguna semula untuk tujuan penyediaan media pertumbuhan mikrob, pengoptimuman parameter proses penyahwarnaan POME, penentuan komposisi POME ternyahwarna, penentuan ciri anti-mikrob terhadap POME ternyahwarna. serta penentuan keupayaan POME ternyahwarna sebagai medium pertumbuhan bakteria, yis dan kulat. POME ditapis terlebih dahulu bagi menyingkirkan bahan pepejal dan hasil turasan POME (POMEt) dinyahwarna sebelum dijadikan medium pertumbuhan. Penyahwarnaan POMEt melibatkan 3 parameter utama iaitu penggunaan kitosan pada kepekatan berbeza (0.5-5 g/L) , variasi pH awal POMEt (pH 2-4), dan tempoh pendedahan antara kitosan dengan POMEt (30-150 minit) Penyerapan kumpulan berfungsi tertentu oleh kitosan juga dibuktikan melalui anjakan bacaan Spektrum Fourier Transmisi Inframerah (FTIR). Hasil kajian membuktikan bahawa POME, bahan buangan daripada pemprosesan kelapa sawit boleh dirawat, diolah dan diguna semula sebagai medium pertumbuhan mikrob khususnya yis.