Ekonomi Islam - Dasar Dan Amalan Edisi Kedua
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
EkonomiIslam - Dasar Dan Amalan Edisi Kedua
Author: Surtahman Kastin Hassan, Sanep Ahmad
Publisher: DewanBahasa Pustaka
ISBN: 9789836281784
Year: 2016
Weight: 0.350kg
Pages: 390 pp
Price: RM25
Buku ini membincangakan Ekonomi Islam secara prinsip, walaupun ada sesetengah bahagian perbincangannya bercoral analisis. Tajuk yang diliputi adalah menyeluruh bermula daripada konsep Islam itu sendiri sehingga kepada proses mengaplikasikan konsep Islam secara global. Buku ini merupakan penambahbaikan kepada buku edisi pertama yang telah diulang cetak beberapa kali kerana adanya sambutan begitu mengalakkkan. Bilangan bab telah ditambah dan diubah suai menjadi 20 bab dan dikelompokkan kepada enam bahagian. perbincangan bahagian pertama menyentuh tentang Islam dan Ekonomi Islam; Bahagian kedua berkait dengan Kelakuan Ejen Ekonomi Dan Pasaran; bahagian ketiga menyentuh tentang Agihan Pendapatan dan Kebajikan; Bahagian Keemmpat pula menyorot topik - topik berkenaan Wang, Ekonomi Wang dan Ekonomi Fizikal; Bahagian kelima mengetengahkan perkara - perkara terhubung dengan Ekonomi Perancangan dan Pembangunan; Bahagian enam membincangkan Ekonomi Antarabangsa.
Buku ini menggunakan pendekatan yang mudah dan boleh difahami, walaupun oleh pembaca umum. Namun demikian, ia lebih bermanfaat kepada golongan pelajar peringkat universiti dan kolej, pensyarah penyelidik dan ilmuwanyang meminati Ekonomi Islam. Sesetengah isu dan idea yang dikemukakan diharap akan dapat membuka ruang dan minda untuk menjadi ilmu Ekonomi Islam terus dipelajari dan diselidik.