Fiqh dan Ijtihad Imam Al-Bukhari
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Fiqh danIjtihad Imam Al-Bukhari
Author: Ishak Suliaman, Mohd Murshidi Mohd Noor
Publisher: DewanBahasa Pustaka
ISBN: 9789834615536
Year: 2015
Weight: 0.200kg
Pages: 126 pp
Price: RM20
Antara persoalan yang sering dikemukakan berkaitan Imam Al-Bukhari ialah "Adakah Imam Al-Bukhari sebagai seorang tokoh ilmu hadith turut mempunyai ketokohan dalam aspek fiqh?" "Benarkah fiqh Imam Al-Bukhari merupakan Fiqh Al-Shafi'i?" "Apakah usul ijtihad Imam Al-Bukhari?" "Apakah contoh ijtihad Imam Al-Bukhari?". Semua persoalan ini sebenarnya telah dikemukakan oleh ramai pengkaji Muslim dan juga bukan Muslim sejak zaman berzaman. Oleh it, buku "Fiqh dan Ijtihad Imam Al-Bukhari" ini dapat menjawab semua persoalan ini. Buku ini mempunyai keunikannya yang tersendiri, khususnya dari aspek analisis fakta berkaitan fiqh Imam Al-Bukhari, usul ijtihad dan contoh ijtihad Imam Al-Bukhari yang bersumberkan kitab hadith beliau iaitu Sahih Al-Bukhari.
Penulis buku ini, Prof. Madya Dr. Ishak Suliaman ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Dr. Mohd Murshidi Mohd Noor pula ialah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Kolej PErniagaan, Universiti Utara Malaysia.