• img038.jpg
  • img038
1

Fleksibiliti Shari''ah Islam: Perbahasan Dalam Konteks Maqasid Al-Shari''ah

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Fleksibiliti Shari'ah Islam: Perbahasan Dalam Konteks Maqasid Al-Shari'ah

Author: Yusuf al-Qaradawiy

Publisher: Institut Darul Ehsan

ISBN: 9789672066293

Pages: 104pp

Year: 2019

Weight: 0.148kg

Price: RM 29

'Awamil al-Sa'ah wa al-Murunah merupakan sebuah tulisan Dr. Yusuf al-Qaradawi bagi menerangkan beberapa faktor yang menyebabkan Shari'ah Islam begitu luas dan anjal bagi mendepani pelbagai isu dan masalah pada setiap zaman. Tulisan ini sangat wajar difahami bagi mengelakkan kejumudan dalam berinteraksi dengan hukum Shari'ah. Ijtihad para sahabat memberikan pengajaran bahawa pelaksanaan hukum Shari'ah perlu mengikut konteks dan keadaan semasa bagi mencapai maslahah untuk manusia.

Ijnhad-ijtihad khulafa al-rasyidin juga menzahirkan contoh urus tadbir pemerintah yang balk terhadap rakyatnya. Sebagai contoh, Umar melewatkan pungutan zakat ternakan pada zaman kemarau bagi mengelakkan kesusahan dan mafsadah bagi rakyatnya. Selain itu, beliau turut tidak memotong tangan pencuri pada 'am al-ramadah berikutan rakyat tidak mempunyai makanan yang mencukupi. Semua in bagi mewujudkan maslahah bagi rakyat. Tulisan ini sarat dengan perbicangan dan contoh-contoh aplikasi Shari'ah yang menzahirkan keluasan dan fleksibiliti shari'ah Islam itu sendiri. Penulis mendatangkan peibagai contoh bagi menyokong perbincangannya serta memudahkan pembaca untuk memahami isi yang ingin disampaikan. Aplikasi hukum-hukum shari'ah yang tidak meraikan keadaan, zaman, situasi dan uruf akan melahirkan mafsadah yang besar serta fitnah terhadap agama Islam itu sendiri.