• Gulistan
  • Gulistan
1

Gulistan: Taman Mawar

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products
Author: Muslih Al-D?n Sa‘d? Al-Sh?r?z?
Publisher: Islamic Book Trust
ISBN: 9789670526379

Pages: 257 pp

Ab? Muhammad Muslih al-D?n ibn ‘Abd All?h al-Sh?r?z? (lahir 1210M, mangkat 1291/92M) yang terkenal dengan nama Sa‘d? Sh?r?z? atau Sa‘d?, dilahirkan di Shiraz sewaktu peperangan dan pena‘ luqan Mongol terhadap kerajaan Islam Parsi. Adapun dia seorang ahil sha‘ir agung Parsi sewaktu zamannya, yang dikenali bukan sahaja di kalangan orang Parsi, bahkan diruju‘ juga di Barat. Karya Sa‘d? sungguh berwibawa dalam membicarakan perihal akhlaq dan pengajaran. Sepanjang hayatnya, beliau mengembara ke seluruh dunia Islam, berda‘wah, belajar dan mengajar, berkhutbah dan berkenalan dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang — pengalamannya ini kemudian diabadikan dalam bentuk karangan dan sha‘ir yang indah sewaktu dia pulang ke kampung halamannya.

Karya Sa‘d? yang agung ialah Bust?n (bermaqsud Taman) dalam bentuk sha‘ir dan Gulist?n (bermaqsud Taman Mawar), dalam bentuk persuratan-wacana yang diselang-seli dengan sha‘ir. Beliau terkenall dengan ungkapan yang berhikmah. Salah satunya ialah bayt Ban? ?d?m berikut yang menyentuh ihsan dan kemanusian:

Ban? ?d?m, satu sama lainnya anggota

Dari satu hakikat, ia dicipta.

Tatkala satu musibah menimpa salah satunya

Anggota yang lain tiada menentu jadinya.

Jika kau tiada ihsan akan orang ditimpa bencana

Tiadalah layak engkau digelar manusia.