• Cover_HKP_Jacket.png
  • Cover_HKP_Jacket
  • Cover_HKP_Jacket.png
  • Cover_HKP_Jacket
1

Himpunan Karya Pilihan

Regular price
RM 185.00
Sale price
RM 185.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Himpunan Karya Pilihan

Author: Wan Mohd Nor Wan Daud
Publisher: RZS-CASIS & HAKIM
ISBN: 9789672686408
Weight: 
Pages: 730
Year: 2022
Price: RM185

Karya Profesor Dr Wan Mohd Nor Wan Daud yang terbaharu ini menghimpunkan 41 tulisan terpilih yang telah terbit dari tahun 1980-an hingga 2021. Ia adalah hasil karya sepanjang 40 tahun dalam Bahasa Melayu oleh salah seorang sarjana-pendidik, pentadbir pendidikan, aktivis intelektual dan penyair tanah air yang disegani. Pengarang juga telah berguru dengan dua tokoh pemikir besar dunia Islam, iaitu Profesor Dr. Fazlur Rahman dan Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Himpunan Karya Pilihan ini mengandungi makalah ilmiah, temu ramah, kata pengantar, dan resensi yang pernah diterbitkan di Malaysia dan Indonesia. Terbitan ini meliputi pelbagai aspek penting kehidupan kita seperti agama, falsafah, sejarah, peradaban, pendidikan, kerjaya, kemerdekaan, dan pembangunan negara, termasuklah pembangunan belia.

Karya yang dihimpunkan ini ditulis dengan cara perbandingan serta mudah difahami dan kadangkala provokatif untuk membangkitkan akal fikiran pembaca. Ia menyasarkan bukan sekadar oleh golongan sarjana, bahkan pemimpin di pelbagai peringkat, sama ada kepada para pembuat dasar bahkan juga untuk masyarakat awam dan pelajar universiti dan sekolah tahap tinggi yang terdidik dan prihatin.