Ilmuwan Pencerah Umat
- Regular price
- RM 39.00
- Sale price
- RM 39.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Ilmuwan Pencerah Umat Misi dan Wawasan dalam Kebangkitan Islam di AlafBaharu
Penyunting:Muhamad Razak Idris, Asma Hakimah Ab Halim & Lathifah Ulfa Ismail
Penulis: Muhamad Razak Idris, Asma Hakimah Ab Halim, Lathifah Ulfa Ismail, Siddiq Fadzil etc
Penerbit:Institut Darul Ehsan
ISBN: 9789672066187
MukaSurat: 140 pp
TahunTerbit: Oktober 2017
Kebangkitan Islam dalam sejarah sejak sekian lamaditunjangi oleh peranan berkesan yang dimainkan oleh ilmuwan Muslim dalampelbagai bidang kehidupan. Dalam buku ini, ilmuwan juga dirujuk sebagaigolongan cendekiawan, ulama dan intelektual yang aktif dan amanah dalammenjayakan pembaharuan pemikiran dan pembangunan dalam segenap sektor kehidupandan ketamadunan hari ini.
Kepentingan golongan ilmuwan sebagai penggerak kebangkitanIslam dan pembangunan ummah diperakui oleh semua. Ini menuntut penekananberterusan agar peranan mereka diperkasakan demi cita-cita masyarakat dannegara yang lebih menyeluruh. Para ilmuwan mesti menjadi tonggak dalampergerakan dakwah Islamiyyah. Oleh yang demikian, agenda bagi melahirkan danmembangunkan sejumlah ilmuwan yang competent atau berdaya saing tidakboleh sama sekali diabaikan. Ini bagi memastikan golongan ilmuwan dapat terusberfungsi sebagai kelompok pencerah umat, memimpin ilmu dan pemikiran masyarakatmengenai hakikat kebenaran dan membezakan pendustaan dan kejahilan. Peranandakwah sebagai penyebar risalah kebenaran tidak akan memberi kesan tanpamenerusi penglibatan aktif para ilmuwan Muslim dalam segenap segi dan dimensiperjuangan.
Misi pentamadunan ummah jelas tidak boleh terpisah dengangerakan memartabatkan ilmu pengetahuan, membangun kematangan dan mengukuhkankeyakinan masyarakat secara menyeluruh. Peranan ilmuwan sebagai pencerah umatdalam konteks ini amat ketara iaitu sebagai kelompok yang mestibertanggungjawab mencetuskan kesedaran, memimpin pemikiran dan memandu langkahmelahirkan umat yang memiliki kecerdasan jiwa dan akliah.