Isu-Isu Kontemporari Kewangan Perbankan Dan Pelaburan
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Isu-Isu Kontemporari Kewangan Perbankan Dan Pelaburan
Authors: Aisyah Abdul-Rahman, Norazlan Alias, MOhd Hasimi Yaacob
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860247
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2023
Price: RM35
Pelan Sektor Kewangan 2022-2026, memberi penekanan untuk memajukan pendigitalan dalam sektor kewangan, meningkatkan kesejahteraan kewangan isi rumah dan perniagaan serta membangunkan kewangan berasaskan nilai melalui kepimpinan Islam.
Kepesatan dalam teknologi kewangan akan terus mengubah tingkah laku pengguna dan perniagaan serta lebih mempercepat proses pemulihan, kelestarian dan keterangkuman ekonomi, terutamanya selepas era pandemik COVID-19.
Perkembangan teknologi kewangan juga mewujudkan platform pelaburan baharu dalam bentuk mata wang digital atau kripto seperti Bitcoin, Ethereum dan Ripple. Selain itu, sektor perniagaan juga tidak terkecuali daripada melakukan inovasi dalam urus niaga dengan mengguna pakai platform yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat berasaskan teknologi kewangan (Fintech).
Seiring dengan lanskap kewangan negara yang mempromosikan sistem kewangan Islam, pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan patuh syariah telah diperkenalkan oleh institusi kewangan dan bukan kewangan yang merangkumi aspek perbankan, pelaburan, perlindungan, dan simpanan untuk persaraan.