• isu_nuklear-500x500
  • isu_nuklear-500x500
1

Isu Nuklear Iran dan Kepentingan Amerika Syarikat

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Isu Nuklear Iran dan Kepentingan Amerika Syarikat

Author: Riki Rahman & Zarina Othman

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674128395

Weight:

Year: 2020

Page: 216pp

Price : RM35

Ketika era Perang Dingin, Amerika Syaraikat (AS) memberikan sokongan dan bantuannya untuk membina fasiliti nuklear Iran untuk menjadikan negara tersebut sebagai kubu pertahanan daripada pengaruh komunis yang dipelopori oleh Kesatuan Soviet. Namun kepentingan AS terjejas ekoran Revolusi Iran 1979, yang menyebabkan hubungannya dengan Iran terputus. Kerenggangan hubungan AS-Iran menyebabkan AS memberi amaran agar Iran menamatkan program pembangunan nuklearnya. Menurut AS lagi, pembangunan nuklear Iran berpotensi memberikan ancaman kepada kepentingan nasionalnya di Timur Tengah. Susulan itu, AS bertindak memberikan tekanan dan sekatan ke atas Iran bagi memastikan negara itu menghentikan pembangunan program nuklearnya.

Dari perspektif Iran pula, keperluan terhadap pembangunan nuklear adalah untuk kepentingan pembangunan dan sebagai usaha cegahrintang daripada ancaman musuh seperti AS, Israel dan Arab Saudi. Buku ini juga mengupas bagaimana kepentingan AS dalam isu nuklear Iran juga sebahagiannya untuk mengekang pengaruh China sebagai pesaingnya di Timur Tengah, menghalang Iran daripada meluaskan pengaruhnya di Timur Tengah, melindungi keselamatan Israel dan untuk mendapat keuntungan dari penjualan senjata.

Selain itu, hubungan yang rapat antara Iran dengan Rusia-China berpotensi memberikan cabaran yang hebat ke atas hegemoni AS di rantau tersebut. Adalah diharapkan buku ini dapat menyumbangkan pada wacana disiplin Hubungan dan Politik Antarabangsa, terutamanya mengenai konflik di Timur Tengah. la amat sesuai dibaca oleh sarjana dan pembuat dasar dan dirujuk oleh penyelidik dan pelajar sarjana dalam bidang keselamatan mengenai isu berkaitan.