• WhatsApp_Image_2024-12-02_at_15.58.28.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-12-02_at_15.58.28
  • WhatsApp_Image_2024-12-02_at_15.58.28.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-12-02_at_15.58.28
1

Kelestarian Pengajian Melayu Menerusi Penyelidikan

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kelestarian Pengajian Melayu Menerusi Penyelidikan 

Authors: Shahidi A. Hamid, Awang Azman Awang Pawi dan Mawar Safei
Publisher: UKM Press
ISBN:  9786294862487
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2024
Price: RM40

Buku 'Kelestarian Pengajian Melayu Menerusi Penyelidikan merupakan gabungan 17 buah bab yang merupakan antara hasil penelitian dan penyelidikan para ilmuwan Pengajian Melayu di Malaysia. Isu yang disajikan dalam buku ini sarat dengan pelbagai topik yang menyerlahkan kelestarian pengajian Melayu di Malaysia. 

Topik-topik ini merangkumi pelbagai aspek dalam bidang linguistik Melayu, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan Melayu. Menerusi bidang linguistik Melayu misalnya, telah diketengahkan kaedah penelitian varian bahasa Melayu secara berteknologi tinggi atau yang eksperimental sifatnya. Memetik kata2 Neil Alden Armstrong, "Research is creating new knowledge" maka penghasilan buku ini diharap dapat membudayakan pembangunan dan inovasi dalam penyelidikan berkaitan pengajian Melayu. 

Hakikatnya, penyelidikan mewadahkan penciptaan pengetahuan baharu dan/atau penggunaan pengetahuan sedia ada dengan cara baharu dan kreatif yang antara lainnya bertujuan menjana konsep, metodologi dan pemahaman baharu. Aktiviti penyelidikan melibatkan usaha-usaha mensintesis dan menganalisis hasil penyelidikan terdahulu sehingga ke tahap yang membawa kepada hasil baharu dan kreatif. 

Isu-isu yang diserlahkan dalam buku ini adalah antara isu-isu yang sentiasa relevan dan signifikan dengan proses pemantapan pemahaman ke atas dunia Pengajian Melayu. Kesemua isu ini telah diolah dan dititipkan secara rapi, kreatif, dan kritis berasaskan hasil penelitian dan penyelidikan penulis-penulisnya. Setiap bab dalam buku ini, justeru, menjanjikan suatu penulisan yang tuntas dan hebat. 

Himpunan bab-bab ini diharapkan mampu menyumbangkan ilmu pengetahuan dan kefahaman yang terbaik kepada masyarakat pembaca, khususnya para pembaca yang mahu mempertajam lagi pengetahuan dan pemahaman mereka tentang dunia Pengajian Melayu.