Kesihatan Tulang: Kesan Kalsium & Intoleransi Laktosa
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kesihatan Tulang: Kesan Kalsium & Intoleransi Laktosa
Author: Norlida Mat Daud & Ika Aida Aprilini Makbul
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512851
Weight: 0.229 kg
Pages: 146
Year: 2021
Price: RM30
Di Malaysia, prevalens masalah malserapan dan intoleransi laktosa khususnya dalam kalangan kanak-kanak masih kurang mendapat perhatian. Penolakan pengambilan susu dan produk tenusu disebabkan masalah pencernaan laktosa berpotensi mengganggu pengambilan kalsium, yang penting bagi perkembangan kesihatan tulang. Oleh itu, buku ini mengetengahkan prevalens masalah intoleransi laktosa, kalsium, keperluannya dan hubungannya dengan status kesihatan tulang dalam kalangan kanak-kanak. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesihatan tulang seperti kaedah pengesanan intoleransi laktosa dan penilaian pengambilan kalsium turut dibincangkan dengan lebih terperinci. Prevalens masalah intoleransi laktosa dalam kalangan kanak-kanak dilihat berada pada tahap sederhana dan tidak memberi kesan secara langsung terhadap kesihatan tulang. Namun, prevalens masalah malserapan laktosa yang tinggi adalah membimbangkan kerana kanak-kanak ini berkecenderungan untuk mendapat masalah intoleransi laktosa apabila dewasa jika pengambilan kalsium tidak ditingkatkan. Faktor kaum, indeks jisim tubuh, kawasan kediaman, umur dan jantina juga dikenal pasti mempengaruhi ketumpatan tulang individu. Justeru, buku ini memberi perspektif awal terhadap kepentingan pengambilan kalsium yang mencukupi, mengekalkan status tulang yang sihat dan mencegah masalah intoleransi laktosa sejak peringkat awal usia kanak-kanak.