Kombo BICARA AL-QURAN
- Regular price
- RM 83.00
- Sale price
- RM 83.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Krisis Kemanusiaan Dan Peranan Al-Qur'an Sebagai Penyelamat
Penulis: Taha Jabir al-Alwani
Penterjemah: Grup Penterjemah DERIA
ISBN: 9789671178294
Harga: RM30.00
Al-Qur’?n adalah mukjizat yang tidak akan terhenti keajaibannya, yang ditinggalkan oleh Junjungan Besar kita Muhammad ?allAll?hu ‘alaihi wa sallam kepada kita umat akhir zaman. Ia mempunyai formula rawatan Rabb?n? yang perlu digali oleh umat ini.
Umat ini menghadapi pelbagai krisis – intelektual, kebudayaan, ketamadunan, etc – akibat terkebelakang dalam menjadikan al-Qur’?n sebagai pedoman. Akibatnya umat ini tiada jati diri, terumbang ambing, berkrisis dan sebagainya. Shaykh Dr.??ha J?bir al-‘Alw?n? menyebut bahawa jalan keluar daripada krisis adalah dengan kembali kepada al-Qur’?n, dan mendaki semula kemuncak kemuliaannya berpandukan cara hidup Rasulullah ?allAll?h ‘alaihi wa sallam apabila berhadapan dengan intipati al-Qur’?n. Inilah satu-satunya pedoman yang benar lagi pasti berbanding dengan rujukan lain, kerana sifatnya yang memberi saranan bersifat universal, lengkap dengan tatacara Shar?‘at yang suci, serta mampu mengangkat martabat manusia dengan menghalalkan bagi mereka perkara-perkara yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang kotor. Ia penghapus beban-beban dan belenggu-belenggu di pundak mereka. Ia rahmat pada seluruh alam, memudahkan manusia menuju hari Pembalasan. Al-Qur’?n menguasai semua kitab terdahulu dengan sifatnya sebagai kitab penamat, menguasai semua perkara pada masa hadapan dengan sifatnya yang mutlak dan bijaksana, dan turut membenarkan perkara-perkara yang memusuhinya dengan sifat syumul dan merangkumi semua perkara.
Karya yang diterjemahkan ini adalah satu renungan tajam daripada seorang ulama yang amat disegani, iaitu Shaykh Dr.??ha J?bir al-‘Alw?n?, seorang ahli di dalam bidang al-Qur’?n, di mana beliau menjadikan al-Qur’?n sebagai penawar dalam membawa umat ini keluar daripada krisis kemanusiaan.
---------------------
Al-Wasiyyah Al-'Izziyyah: Wasiat Shaykh 'Izzuddin bin 'Abd al-Salam Kepada Tuhannya Beserta Syarahan
Penulis: 'Izzuddin bin 'Abd al-Salam al-Sulami al-Dimashqi
Penterjemah & Disyarahkan: Mohammad Syafiq Ismail
Penerbit: ABIM Press
ISBN: 9789672158035
Harga: RM17.00
Tiada perkara yang lebih pasti, buat semua yang bernyawa, bahawa ia akan berakhir. Islam mengajar kita memandang kematian sebagai bukan pengakhiran hakiki, tetapi pengakhiran marhalah, dan umpama pintu, ia membuka permulaan bagi marhalah baharu dalam kehidupan seterusnya, kehidupan Akhirat, yang abadi. Ia positif terhadap seluruh fenomena manusiawi. Allah, kerana rahmatNya, mengisyaratkan di akhir surah al-?ijr, “Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu perkara yang yakin pasti (berlaku, yakni mati).” Kita bukan hidup untuk mati, tetapi untuk menghayati (hayat-hidup) dunia ini; bahawa kefanaannya bukan untuk disia-siakan, tetapi untuk dimanfaatkan sebaiknya buat kemanusiaan, yang pada masa yang sama juga merupakan persiapan menuju ke Negeri Akhirat.
Wasiat ini, antara pusaka peninggalan Shaykh ?Izzudd?n bin ?Abd al-Sal?m yang terkenal dengan gelar Sul??n al-?Ulam?’, selaku peringatan kepada kita yang masih hidup, untuk mengambil iktibar daripadanya dan merenung semula ke mana perjalanan kita sesudah mati, dan sudah bersiapkah kita untuk mengalaminya. Hakikatnya, wasiat ini adalah doa daripada sang hamba yang fana kepada TuhanNya yang Maha Hidup dan Kekal selamanya.
Terjemahan ini disediakan buat sidang pembaca, mengajak bersama merenungkan, perjalanan yang pasti ditempa, seluruh insan.
-----------------------
Umm Al-Quran: Maqasid Surah Al-Fatihah
Penulis: Sheikh Najmuddin al-Tufi
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
Penerbit: ABIM Press
ISBN: 9789672158004
Halaman: 48 pp
Harga: RM20.00
Al-F?ti?ah, bertepatan dengan gelarnya sebagai ‘Pembuka,’ merupakan pembuka bagi al-Qur’?n. Kedudukannya di awal mu??af, sesuai dengan susunan yang diwahyukan Ilahi kepada Nabi, mengundang persoalan; Mengapakah al-F?ti?ah digelarkan baginda sebagai Umm al-Qur’?n (Induk al-Qur’?n)? Mengapa al-F?ti?ah begitu dimuliakan, sehingga diletakkan sebagai mukadimah bagi al-Qur’?n? Apakah keistimewaan yang ada padanya, yang tidak terdapat pada ayat-ayat lainnya?
Persoalan inilah yang mendasari buku ini, karangan asal Najmudd?n al-??f? (w. 716H), seorang sarjana Islam ulung yang mendahului zamannya, apabila mengemukakan jawapan beliau, dengan melakukan kajian silang antara bidang Tafs?r al-Qur’?n dengan Falsafah Bahasa Shar?‘at, sekaligus merungkaikan Maq??id A?liyyah (hikmah yang terutama) daripada penurunan al-Qur’?n, sebagai hidayah dan pedoman buat manusia dan kemanusiaan.
Terjemahan ini disediakan buat sidang pembaca yang budiman, agar dengannya, kita lebih menghayati al-F?ti?ah – yang menjadi amalan dan bacaan setiap muslim sehari-harinya – dan memahami rahsia di balik penamaan al-F?ti?ah sebagai Umm al-Qur’?n.
-----------------------
Psikoterapi Rabbani: Mendepani Trauma Psikologi Dengan Menghayati Kisah Maryam Alaihassalam
Penulis: Dr. Fawziyah Salih al-Khulayfi
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
Penerbit: ABIM Press
ISBN: 9789672158028
Halaman: 56 pp
Harga: RM23.00
Maryam ?alaih?ssal?m, seorang figur yang mewakili kesempurnaan bagi wanita; seorang ibu kepada seorang nabi, seorang anak kepada keluarga yang mulia, diabadikan kisahnya di dalam al-Qur’?n, kekal ke akhir zaman. Seperti yang dijanjikan Allah, yang ingin menjadikan Maryam dan zuriatnya sebagai bukti kekuasaanNya yang tak terhingga, kisah awal hidup Maryam dirakam penuh teliti di dalam al-Qur’?n, penuh dengan hikmah dan ?ibrah yang wajar direnungi dan dikagumi.
Kisah kekuatan iman yang ada pada Maryam, seorang gadis sunti yang dikehendaki Allah untuk menjadi ibu kepada NabiNya ??s? ?alaihissal?m, daya tahan mental serta fizikalnya saat ikhlas cekal menanggung tanggungjawab dan pengujian daripada Allah; menjadi inspirasi kepada kajian Dr. Fawziyah al-Khulayf? ini, mengkaji psikologi Maryam dan sisi psikoterapi rabb?n? yang ada dalam kisah hidupnya, yang hakikatnya merupakan panduan Allah buat Maryam saat mengalami trauma psikologi, agar bisa dimanfaatkan oleh kemanusiaan seluruhnya; sesuai dengan tugas al-Qur’?n sebagai hidayat buat manusia dan kemanusiaan ke arah kehidupan yang terbaik.
Terjemahan ini, disediakan buat sidang pembaca yang dihormati, agar sama-sama kita hayati (hidupi) kisah Maryam, mengambil manfaat daripadanya dan membuka minda kita kepada ufuk baru penghayatan al-Qur’?n, al-Qur’?n yang hakikatnya menyempurnakan.