Konsep Al-Tanzih Imam Al-Qushayri
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
KonsepAl-Tanzih Imam Al-Qushayri
Author: Mohd Faizal Abdul Khir & Che ZarrinaSaari
Publisher:UM Press
ISBN: 978-983-100-584-2
Year: 2013
Weight: 0.200kg
Pages: 144pp
Price: RM38
Karya ini adalah kajian yang bertujuan menjelaskan konsepaltanzih berlandaskan pemikiran dan pandangan salah seorang tokoh Islamterkenal dan berwibawa dalam bidang tasawuf iaitu Imam al-Qushayri. Penulisanbercorak analisis dokumen ini difokuskan kepada karya agung beliau, al-Risalahal-Qushayriyyah yang menjadi salah sebuah rujukan utama para pengamal, pengkajidan peminat disiplin tasawuf. Kaedah perbandingan turut diaplikasikan antarapandangan Imam al-Qushayri dengan pendapat para ulama Islam yang lain bagimemperhalusi lagi fokus perbincangan berkenaan konsep al-tanzih tersebut. Bukuini memaparkan perbincangan mengenai biodata dan latar belakang kehidupan Imamal-Qushayri, diikuti dengan penjelasan konsep al-tanzih berdasarkan intipatipengajaran al-Qur’an al-Karim dan al-Hadith al-Nabawiyyah, seterusnyamenerangkan sumber dan hujah penetapan bagi konsep al-tanzih menurut Imamal-Qushayri. Karya ini turut menghuraikan konsep al-tanzih beliau dengan merujukkarya al-Risalahnya. Secara keseluruhannya karya ini berusaha untuk mendedahkanpandangan ulama sufi beraliran Ahli Sunnah wal Jamaah dalam membahaskan aspekakidah atau kepercayaan dalam agama Islam berkaitan ketuhanan.