Mala Fide: Sebuah Novel Perundangan
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Mala Fide: Sebuah Novel-Perundangan
Penulis: Mohamed Hanipa Maidin
ISBN: 9789672007098
Muka Surat: 158
Penerbit: ILHAM Books
Tahun: 2017
Rahimi adalah seorang peguam muda yang amat berminatdengan undang-undang jenayah. Apabila ditawarkan menjadi seorang peguamcara danpeguambela di salah satu firma guaman selepas menamatkan latihan dalam kamaratau chambering, Rahimi merasakan hasratbeliau untuk mengurangkan bebanan yang kakak beliau tanggung kerana menjaganya,mungkin dapat direalisasikan.
Sementara itu seorang ahli politik muda dan berkarismatinggi, Sulaiman Yasin, dari sebuah parti politik baru yang cuba membawapolitik baru dalam negara ditangkap dan ditahan kerana dituduh merogol seorangpelajar sekolah. Meskipun parti dan keluarganya cuba mendapatkan Sulaimanseorang peguam senior dan berpengalaman untuk membela beliau, Sulaiman bukansahaja menolak tawaran tersebut bahkan sanggup mengambil risiko untuk diwakilioleh seorang peguambela yang muda, mentah dan tidak berpengalaman mengendalikanapa-apa perbicaraan apatah lagi perbicaraan kes jenayah. Peguambela itu adalahRahimi.
Pelbagai cabaran dan rintangan yang Rahimi harus tempohbagi membela anakguamnya. Berhadapan dengan pegawai penyiasat yang bercita citatinggi dan sanggup lakukan apa sahaja bagi kenaikan pangkat dan berhadapan puladengan timbalan pendakwa raya yang lebih senior dan jauh berpengalaman, Rahimiterpaksa berhempas-pulas menonjolkan bakat terpendamnya bagi meyakinkan ramaipihak - hakim, timbalan pendakwa raya, kakak beliau, keluarga anakguamnya danyang paling penting anakguamnya sendiri. Rahimi terpaksa berfikir di luar kotakbagi merancang strategi perbicaraan yang baru dan yang bersifat ‘non-conventional’.
Sebagai peguam yang baru dan naif, Rahimi tidak sedaryang beliau hakikatnya sedang mempertaruhkan harga yang mahal ke ataskeselamatan beliau dan kakak beliau dari mereka yang sanggup lakukan apa sahajabagi memastikan anakguamnya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman.
Untuk baca Bab 1 dan Bab 2, klik di sini.