Malaysia Dan Jepun: Perspektif Sejarah
- Regular price
- RM 58.00
- Sale price
- RM 58.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Malaysia DanJepun: Perspektif Sejarah, Politik, Ekonomi Dan Sosiobudaya
Author: Asmadi Hassan Mohd Ikbal Mohd Huda
Publisher: UMPress
ISBN: 9789831009611
Year: 2017
Weight: 0.200kg
Pages: 216
Price: RM58
Hubungan Malaysia Jepun telah berlangsung sejak beratus-ratustahun dahulu. Apa yang berlaku sepanjang hubungan tersebut sehingga kini? Bukuini memberi jawapannya dengan menggabungkan kajian-kajian berkaitan hubunganantara kedua-dua buah negara. Pelbagai perspektif telah dianalisis danditerjemah dalam buku yang bertajuk Malaysia dan Jepun: Perspektif Sejarah,Politik, Ekonomi & Sosiobudaya. Buku yang memuatkan sembilan artikel ini adalahkombinasi kajian oleh pakar-pakar pengajian Jepun dari Universiti Malaya,Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan UniversitiMalaysia Kelantan. Bab pertama hingga ketiga membincangkan perspektif sejarah perhubungankedua-dua buah negara yang bermula dari migrasi nelayan Ryukyu ke Tanah Melayu,imigran Jepun di Sabah tahun 1880-1942 dan kesan pendudukan Jepun di TanahMelayu kepada kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Bab keempatadalah dari perspektif sosiobudaya yang mengangkat tema difusi budaya popular Jepundi Malaysia. Manakala bab kelima hingga terakhir bertemakan politik dan ekonomi.Bab kelima mendedahkan tentang jatuh bangun parti politik pemerintah Jepun yangboleh dijadikan pengajaran kepada Malaysia. Bab keenam tentang Bantuan PembangunanRasmi Jepun (ODA), bab ketujuh tentang eksport Malaysia ke Jepun 1980-2105, babkelapan berkenaan peranan Malaysia dan Jepun dalam proses regionalisme Asia Timurdan bab terakhir berkaitan Keselamatan Insan dan dasar luar Jepun yangmenjadikan kajian kes Grant Assistance for Grass-Roots Human Security Projectsdi Sabah. Buku ini sarat dengan maklumat terkini, dianalisis secara kritikaldan diolah dalam bahasa yang mudah difahami. Diharapkan dengan penerbitan bukuini dapat dijadikan rujukan penting dan menambah pemahaman kepada mereka yangdahagakan pengetahuan terutamanya dalam hubungan Malaysia-Jepun.
Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik
Malaysia-Jepun – 1957-2017