• a1.png
  • a1
  • a1.png
  • a1
1

Matan Safinat Al-Najah: Asas Ilmu Fiqh Mazhab Al-Shafi’i

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Matan Safinat Al-Najah: Asas Ilmu Fiqh Mazhab Al-Shafi’i

Author: Al-Shaykh Al-'Allamah Salim bin Sumayr Al-Hadrami 
Publisher: Karya PiS
ISBN: 9789672910091
Weight: 0.2kg
Pages: 184
Year: 2024
Price: RM25

Mempelajari suatu mazhab dengan memulakan daripada matan kecil adalah kewajipan untuk penuntut ilmu agar dia memiliki pegangan dan kemahiran mengenai mazhabnya, tidak kaku menghadapi khilaf (perbezaan), dan beragama dengan dalil.

Banyak orang beragama sekadar ikut-ikutan dan mengukur kebenaran dengan “majoriti”, sedangkan kebenaran itu perlu diukur dengan dalil. Salah satu mazhab fiqh yang berdiri dengan dalil ialah mazhab al-Shafi’i yang menjadi pegangan umum di negara Malaysia dan nusantara.

Buku ini adalah terjemahan matan Safinat al-Najah yang dikarang oleh Shaykh S?lim bin ?Abd All?h bin Sumayr. Ia merupakan matan fiqh mazhab al-Syafie peringkat permulaan yang sangat masyhur dan dipelajari di pelbagai tempat pengajian.

Beliau memulakan matan beliau ini dengan menyatakan rukun Isl?m, rukun Im?n dan makna kalimah tauhid (L?-Il?ha-Illall?h). Setelah itu barulah beliau masuk ke perbahasan fiqh dengan memulai topik tanda-tanda baligh yang dilanjutkan dengan topik taharah (bersuci), solat dan diakhiri dengan perbahasan zakat. Turut diterjemahkan sekali tambahan Shaykh Nawaw? al-J?w? ke atas matan safinah ini, iaitu bab puasa.