Membongkar Serangan Orientalisme
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Membongkar Serangan Orientalisme
Author: Ahmad Yumni Abu Bakar, Mohd Fairuz Jamaluddin & Mardzelah Makhsin
Publisher: UUM Press
ISBN: 9789672210429
Weight:
Page: 167pp
Year: 2019
Price: RM40
Buku ini membicarakan tentang dakwaan dan hujahan orientalis terhadap Islam daripada pelbagai dimensi. Pelbagai sudut serangan dilakukan oleh orientalis Barat terhadap al-Quran dan kisah yang terdapat di dalamnya, mempertikaikan hadis nabi serta juga tohmahan terhadap peribadi Nabi SAW. Pandangan orientalis dan liberalis terhadap isu Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) yang akhir-akhir ini menjadi trend kepada masyarakat dunia diperincikan secara ilmiah.
Selain itu, perbincangan mengenai pengaruh orientalis terhadap dunia al-Quran sehingga mentafsirkan al- Quran mengikut acuan metodologi Barat yang dipanggil hermeneutika turut diselitkan. Buku ini dapat mendedahkan pengaruh orientalis ke atas dunia Islam sehingga lahirlah golongan Islam liberal dan anti hadis yang berkiblatkan Barat. Justeru itu, pendekatan yang digunakan dalam buku ini adalah amat sesuai kepada masyarakat umum kerana segala keraguan dan persoalan yang ditimbulkan oleh orientalis serta pengikutnya terhadap Islam telah dijawab berdasarkan pandangan cendekiawan Islam.