• WhatsApp_Image_2020-04-21_at_12.24.37
  • WhatsApp_Image_2020-04-21_at_12.24.37
1

Metodologi Penyelidikan: Teori dan Praktis

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Metodologi Penyelidikan: Teori dan Praktis

Author: Rozmi Ismail

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674121372

Pages: 240pp

Weight: 0.352kg

Year: 2013

Price : RM35

Penyelidikan ialah seni mencari kebenaran dan aktiviti menghasilkan jawapan kepada persoalan tertentu yang bertunjangkan kepada pendekatan saintifik dan sangat mementingkan objektiviti. Buku ini ditulis bukan sahaja untuk pelajar yang menjurus bidang sains tingkah laku, malah ia boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk melakukan penyelidikan, menyediakan proposal penyelidikan, menghasilkan tesis, laporan kertas kerja dan seumpamanya.

Buku ini juga diterbitkan atas kesedaran bahawa buku sebegini kurang di pasaran, terlalu bersifat teknikal dan kebanyakannya kurang bersifat mesra pembaca. Kandungan buku ini digarap berasaskan pendekatan teori dan praktis di samping banyak contoh kajian lepas yang dikemukakan bertujuan memberi kefahaman dan panduan yang jelas kepada pembaca khususnya mendalami proses yang perlu dilalui dalam proses penyelidikan. Buku ini menyentuh tentang seni melakukan penyelidikan yang bermula daripada tahap merumuskan idea dan persoalan kajian sehinggalah kepada proses melaporkan hasil kajian.

Pelbagai contoh yang dimuatkan dalam buku diambil daripada beberapa sumber sama ada daripada tesis pelajar, laporan penyelidikan, dan artikel yang telah diterbitkan dalam jurnal yang mampu memberi panduan berguna tentang kaedah menulis proposal yang baik, memilih metode kajian yang sesuai dan panduan menganalisis data. Oleh itu, diharapkan buku ini dapat membantu pencinta penyelidikan sama ada yang telah berkecimpung sepenuh masa atau yang masih baru berjinak-jinak dalam alam penyelidikan.