• 9789675832116-500x500
  • 9789675832116-500x500
1

Minda Tertawan: Intelektual

Regular price
RM 0.00
Sale price
RM 0.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa

Author: Raja Ahmad Aminullah

Publisher: Gerakbudaya

ISBN: 9789675832116

Weight: 0.200kg

Pages:

Year:

Price: RM23

Minda Tertawan mengemukakan pandangan-pandangan kritikal Raja Ahmad tentang keadaan intelektual dan juga academia di Negara ini, yang disifatkannya tertawan oleh penguasaan politik. Apa yang menjadikan pandangan ini menarik untuk dinilai ialah ia dating daripada seorang yang hingga hamper 10 tahun lalu, satu tempoh panjang dalam hidupnya, terlibat dalam politik secara langsung, di kedua-dua belah garisan yang memisahkan dua kumpulan politik terbesar di Negara kita. Satu pandangan yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana politik kepartian menguasai segenap ruang aktiviti manusia di Negara ini, sehingga hampir tidak ada lagi yang bebas daripada takrif dan penguasaan politik kepartian.

– Haris Zalkapli, Penulis, Editor Akhbar Siasah 2006-2010

Karya yang merupakan hasil renungan dan pemerhatian teliti seorang penyair, penulis, aktivis masyarakat dan insan budiman sejati, Raja Ahmad Aminullah, ‘Minda Tertawan’ mendedahkan kemunafikan, sifat tidak mahu dipertanggungjawabkan dan ketamakan golongan berkuasa (dan mereka yang masih bergelut untuk mendapatkan kuasa!) dengan cara yang lemah lembut dan penuh kiasan. Beliau menekankan satu-satunya jalan keluar daripada lubuk pemikiran yang membelenggu negara ini adalah dengan kembali kepada warisan intelektual dan budaya mengupas dengan mendalam sebagai cara mengembalikan integrity, kebertanggungjawaban dan akal budi yang telah lama hilang.

– Tan Sei Hon, Penulis dan Kurator