Nasionalisme Melayu
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Nasionalisme Melayu
Author: WilliamR.Roff
Publisher: UM Press
ISBN: 9789831001578
Year: 2003
Weight: 0.300 kg
Pages: 331 pp
Price: RM45
Roff bukan sahaja mengisi suatu kekosongan, bahkan telahmenulis sesuatu yang dengan wajarnya dapat diistilahkan sebagai sejarahsosiologis yang pertama tentang masyarakat Melayu moden. Buku ini bukanlah sebuahkarya sejarah yang berupa pemeriksaan terhadap perubahan sosial yangditimbulkan oleh keadaan sekeliling yang berubah, iaitu munculnya golonganatasan yang baru dalam lapangan politik yang menjadi inti analisisnya. Kitadiperkenalkan dengan tiga golongan atasan, yang berbeza-beza kerana asal-usulsosial mereka dan yang lebih penting lagi, oleh orientasi pendidikan dan seterusnyakebudayaan dan politik mereka. Yang mula-mula di antara mereka datang daripada borjoisIslam yang warak, yang kebanyakannya tinggal di Negerinegeri Selat. Golonganyang kedua ialah intelek Melayu. Mereka memperoleh pendidikan di sekolah-sekolahMelayu dan dating daripada kalangan petani dan bukan daripada latar belakang kota.Golongan yang ketiga ialah orang-orang Melayu yang rapat dengan istana sertamendapat pendidikan Inggeris. Oleh sebab mereka menikmati kedudukan dankemudahan tradisional serta pendidikan moden, maka golongan ini, denganhubungan rapatnya dengan penjajah, menjadi golongan yang dominan dalamperjuangan nasionalisme Melayu.