Neofeudal UMNO
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
NeofeudalUMNO
Author: Mazli Bidu & Dr. Jamaie Hamil
Publisher: SIRD
ISBN: 9789672165149
Year: 2018
Weight:0.300 kg
Pages: 150pp
Price: RM28
Epistemologi feudalisme boleh dikaji dari pelbagaiperspektif termasuk sejarah, undang-undang, ekonomi, sosiologi dan sainspolitik. Feudalisme juga dilihat dari sudut geopolitik dengan kajian-kajiantertumpu kepada feudalisme di Benua Eropah Barat, di Asia Timur dan Asia Tengahdan juga kajian feudalisme yang mengkhusus negara-negara tertentu. Di negaraini feudalisme turut menjadi subjek kajian terutamanya berkaitan budaya feudalgolongan istana dan kaum Melayu secara komprehensif. Peredaran masa menyaksikanneofeudalisme pula mengambil tempat dalam dunia kajian sosiopolitik.
Budaya politik masyarakat di luar bandar cukup menarik untukdibahaskan kerana penguasaan geopolitik kawasan luar bandar merupakan katalisdan penentu kejayaan kepada mana-mana parti politik dalam pilihan rayakhususnya di Malaysia. Kawasan luarbandar menjadi deposit tetap kepada kelangsungan kemenangan kebanyakan kerusiparlimen parti pemerintah. Perkembangan ini menjadi stimulus dan dorongankepada pengkaji serta pemerhati politik untuk mencari bahan bacaan yangmembincangkan budaya politik neofeudal yang sinonim dengan sosiopolitik luarbandar.
Buku ini turut merangsang pembaca untuk terjun sama ke duniapolitik menerusi analisis sebenar tentang hegemoni dan survival kuasa partipemerintah. Bukan sekadar membicarakan teori dan konsep sains politik, buku inimemberi pemahaman tentang bagaimana kuasa dieksploitasi untuk mengukuhkankedudukan politik sehingga mencambahkan kesedaran palsu, akur dan wala’ nyamasyarakat kepada pemimpin politik. Buku yang menyentuh budaya politikneofeudal UMNO ini boleh menambah korpus ilmu berkaitan budaya politikfeudalisme dan neofeudalisme di negara ini. Tambahan pula buku ini dihasilkanmenerusi kajian yang reliable hasil input daripada sumber perpustakaan, temuramah malahan penulis sendiri turun padang melihat dan mendapatkan maklumat dikawasan kajian. Pengalaman penulis bertugas di agensi kerajaan juga telahmembantu penulis mendapatkan informasi daripada pelbagai agensi kerajaanberkaitan pembangunan luar bandar.