Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said
- Regular price
- RM 55.00
- Sale price
- RM 55.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914 Suntingan Hans Overbeck
Editor: Anwar Ridhwan & E.U. Kratz
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789836284617
Weight:
Pages: 255
Year: 2016
Price: RM18
Kesusasteraan Melayu Traditional mewariskan genre berbentuk puisi dan prosa kepada bangsanya. Pantun hanya salah satu daripada bentuk puisi tradisional. Pancaran masyarakat Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan begitu jelas dalam pantun ini. Ini keistimewaan pantun. Justeru, pantun sebagai hasil kreativiti masyarakat Melayu sering mendapat perhatian para pengumpul dan pengkaji pantun.
Seorang daripada pengumpul puisi Melayu tradisional ialah Hans. F. Overbeck, berbangsa Jerman. Sejak dekad pertama ketibaannya ke Timur, beliau telah mendalami minatnya terhadap kesusasteraan tradisional. Ketika bertugas di Jakarta, beliau telah mengumpul hampir 2000 rangkap pantun empat baris daripada pemantun yang mempunyai pelbagai latar budaya dan nuansa bahasa. Buku ini memuatkan hampir 2000 rangkap puisi Melayu tradisional. Koleksi pantun ini dikumpulkan sejak sebelum tahun 1914 lagi.