• k
  • k
1

Penulisan Akademik dalam Bidang Sains Sosial

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

PRE ODER Penulisan Akademik dalam Bidang Sains Sosial

Author: Zamri Mahamod & Yahya Othman

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674123697

Pages: 365 pp

Weight: 0.55 kg

Year: 2016

Price : RM50

Menulis merupakan satu kemahiran yang tidak boleh dikuasai tanpa seseorang itu memiliki ilmu asas menulis yang baik. Menulis juga menuntut seseorang itu memberikan tumpuan sepenuhnya tentang apa yang ditulis. Jika minat dan kegharahan menulis tidak ada dalam jiwa seseorang itu, tentu amat sukar untuk beliau menghasilkan sesuatu penulisan, sama ada berbentuk akademik mahupun karya kreatif. Justeru, buku ini dihasilkan untuk membantu pelajar siswazah untuk menghasilkan penulisan akademik yang baik.

Buku ini disusun mengikut kehendak pelajar, iaitu bermula daripada pembacaan kritis, menulis perenggan dan ayat sehinggalah mendidik pelajar supaya tidak melakukan plagiarisme dalam penulisan mereka. Buku ini mengandungi 13 bab yang disusun mengikut urutan. Setiap bab salin berkaitan dan ia membantu pelajar untuk menulis, terutamanya berkaitan tajuk-tajuk penting apabila menulis dalam Bab 1, 2 dan 3 dalam tesis atau kertas projek yang dihasilkan. Juga diberi perhatian ialah aspek kesalahan bahasa dan cara menulis rujukan mengikut Gaya UKM.

Rumusannya, buku ini dihasilkan untuk membantu pelajar siswazah Fakulti Pendidikan UKM khususnya bagaimana hendak menghasilkan penulisan yang baik. Buku ini juga sesuai digunakan oleh pelajar sarjana muda, pensyarah yang mengajar asas penulisan akademik di universiti awam, universiti swasta dan juga institut pendidikan guru. Semua contoh dalam buku kini adalah contoh sebenar yang boleh dijadikan asas kepada pelajar bagaimana untuk menghasilkan satu penulisan akademik yang baik.