Perkahwinan Kanak-Kanak Menurut Hukum Syarak Ke Arah Kesejahteraan Global
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Perkahwinan Kanak-Kanak Menurut Hukum Syarak Ke Arah Kesejahteraan Global
Author: Muhammad al-Ghazalli Abdol Malek, Mohd Firdaus Mohammad & Mohd Al-Adib Samuri
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294865266
Weight: 228 g
Pages: 144 pp
Year: 2025
Price: RM28
Isu perkahwinan kanak-kanak mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya apabila melibatkan percanggahan pandangan antara tafsiran fiqh, amalan adat budaya setempat dan hak kanak-kanak. Komuniti antarabangsa melihat amalan ini sebagai suatu eksploitasi dan pelanggaran hak kanak-kanak. Walaupun hukum perkahwinan kanak-kanak dibenarkan dalam agama, namun isu ini wajar dinilai semula menurut prinsip asas Islam yang menekankan kemaslahatan kanak-kanak, rentetan kajian semasa yang empirikal berkaitan impak negatif perkahwinan terhadap perkembangan diri kanak-kanak. Buku ini menawarkan analisis komprehensif terhadap wacana perkahwinan kanak-kanak menurut perspektif hukum syarak, merangkumi perbahasan ulama klasik dan kontemporari, perbincangan Maqasid al-Syariah, Siyasah al-Syar'iyyah, serta penilaian terhadap implikasi isu ini dalam konteks masyarakat masa kini. Buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada penggubal dasar, pengamal undang-undang, agamawan, ahli akademik, serta masyarakat umum yang ingin mendalami isu perkahwinan kanak-kanak dalam wacana Islam kontemporari.