Polielektrolit: Pengecil Liang Membran Polimer
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Polielektrolit: Pengecil Liang Membran Polimer
Author: Nurul Izzati Izni Mat Yusoff & Rosiah Rohani
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512042
Weight: 0.240kg
Page: 149
Year: 2020
Price: RM30
Teknologi rawatan air pada masa kini telah mengalami beberapa revolusi teknologi yang hebat dalam meningkatkan kualiti rawatan air secara optimum. Di antara revolusi yang berlaku dalam teknologi rawatan air hari ini terbahagi kepada tiga seperti rawatan secara biologi, rawatan secara kimia dan rawatan melalui penapisan menggunakan membran. Teknik penapisan membran merupakan teknologi moden yang semakin mendapat perhatian umum secara meluas. Teknik ini mempraktikkan penggunaan lapisan nipis yang berfungsi sebagai pemisah yang hanya membenarkan sesetengah bahan melaluinya berdasarkan saiz bahan tersebut.
Manakala bahan polimer sering digunakan dalam proses pembuatan membran yang dikenali sebagai membran polimer. Keistimewaan membran polimer adalah liang-liang kecil dengan pelbagai saiz yang berbeza yang ada padanya. Saiz liang ini memainkan peranan penting sewaktu proses penapisan kerana proses penyingkiran yang dilakukan oleh membran polimer adalah berdasarkan saiz molekul yang dapat melalui liangnya. Namun begitu, saiz liang membran polimer sukar diubah dan kebiasaannya perlu dihasilkan semula untuk mengubahnya. Justeru, buku ini mengupas secara terperinci mengenai kaedah alternatif untuk mengubah saiz liang membran polimer tanpa perlu melalui proses penghasilan semula.