• Capture57.PNG
  • Capture57
  • Capture57.PNG
  • Capture57
1

Rumpun Melayu Australia Barat

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Rumpun Melayu Australia Barat

Author: Wan Hashim Wan Teh & A. Halim Ali
Publisher: UKM Press 
ISBN: 9789679424379
Weight: 
Pages: 108 
Year: 1999
Price: RM30.00

Pemerintahan  Pada tahun 1974, orang Melayu Pulau Cocos mula berhijrah ke Australia Barat, mengikut jejak orang Melayu Pulau Krismas yang lebih awal berpindah ke sana. Di Pulau Cocos, tidak banyak peluang untuk sara hidup. Mereka bertebaran di Perth, South Hedland, Katanning dan Geraldton. Malahan sejumlah yang lain sampai ke Kathara, Shay Gap, Albury, Broom dan Mt. Newman. Lima belas tahun kemudian, Wan Hashim dan Halim Ali, dua orang sarjana antropologi dan pengajian Melayu terbang ke tempat-tempat tersebut untuk melihat sendiri bagaimana orang pulau yang sedarah dengan mereka meneruskan kehidupan di bumi Australia.

Mereka meninjau pelbagai kegiatan ekonomi yang diceburi orang Melayu Australia Barat, menghadiri pelbagai majlis yang berkait dengan kepercayaan dan agama, adat resam dan kesenian, malah mengikuti kegiatan masa senggang 'sepupu' mereka yang telah terpisah oleh lautan beribu batu jaraknya. Walaupun sebahagian besar mereka terlibat dengan pekerjaan kolar biru, dari mekanik hinggalah ke penyelam mutiara, namun mereka terkenal kerana kecekapan dan kerajinan, bekerja keras dan dapat mengekalkan sifat lemah lembut dan sopan santun yang dimiliki oleh orang Melayu. Sungguhpun telah berintergrasi dengan penduduk tempatan, jati diri berjaya dikekalkan. Mereka terikat kuat dengan akar dan leluhur bangsa Melayu.