• WhatsApp_Image_2025-01-08_at_17.39.53.jpeg
  • WhatsApp_Image_2025-01-08_at_17.39.53
  • WhatsApp_Image_2025-01-08_at_17.39.53.jpeg
  • WhatsApp_Image_2025-01-08_at_17.39.53
1

Sensor Untuk Penentuan Kesegaran Makanan

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Sensor Untuk Penentuan Kesegaran Makanan

Authors: Noor Azizah Ahmad, Lee Yook Heng dan Sharina Abu Hanifah
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862845
Weight: gsm
Pages: 198pp
Year: 2024
Price: RM35

Produk makanan yang berkualiti, kesegaran terjamin dan selamat sampai kepada pengguna adalah tumpuan pihak industri makanan. Pembungkusan pintar makanan mampu meningkatkan aspek keselamatan produk makanan. Sistem pembungkusan pintar yang dilekatkan sebagai label atau dimasukkan ke dalam bungkusan atau dicetak pada bahan pembungkus berfungsi untuk memantau kualiti produk, menganggarkan tempoh simpan yang selamat dan memberi maklumat yang lebih terperinci sepanjang rantaian bekalan makanan berbanding penggunaan tarikh luput sebelum ini. 

Dalam buku ini, cara/kaedah membina sensor yang akan digunakan sebagai penunjuk kesegaran untuk pembungkusan pintar telah dibincang secara terperinci. Sensor penunjuk yang digunakan adalah berasaskan bahan yang selamat dan serasi dengan keselamatan makanan. Penggunaan ekstrak campuran sebagai pewarna semula jadi sensitif pH berupaya menjadikan sensor penunjuk yang dibangunkan dapat diaplikasi ke atas makanan segar berbungkus yang meliputi pengesanan metabolit kerosakan dalam kedua-dua keadaan asid dan alkali. 

Kandungan buku yang dibentangkan dijangka bermanfaat kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih tentang pembungkusan pintar makanan, peranannya dalam keselamatan makanan di samping pengetahuan mengenai cara pembinaan sensor yang sesuai sebagai penunjuk kesegaran makanan.