Sisa Kelapa Sawit: Penjerap Pencemar Efluan Domestik
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sisa Kelapa Sawit: Penjerap Pencemar Efluan Domestik
Authors: Mohan Kumar Manikam, Azhar Abdul Halim dan Farah Diyana Ariffin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862791
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2024
Price: RM35
Sisa domestik merupakan sisa buangan dari perumahan yang terdiri daripada sisa pepejal dan cecair (efluen), di mana ia mengandungi pelbagai bahan pencemar fizikal, kimia dan biologi. Bahan pencemar ini boleh dirawat dengan cekap dan murah dengan menggunakan teknik penjerapan daripada sisa pertanian.
Sisa pertanian seperti bahan buangan kelapa sawit sering dibuang begitu sahaja walaupun ia mempunyai pelbagai manfaat terutama sekali sebagai media penjerap komposit. Media penjerap komposit berasaskan Abu Terbang Kelapa Sawit (CPOFA) mempunyai keupayaan dalam menyingkirkan ammonia dan bahan pencemar organik secara serentak dengan berkesan. la juga merupakan teknik rawatan alternatif dalam menangani kos rawatan air sisa domestik yang tinggi.
CPOFA boleh membantu mengatasi kelemahan dalam rawatan air sisa domestik melalui dua teknik yang biasa digunakan iaitu biologi dan kimia. Oleh itu, buku ini membincangkan berkenaan keberkesanan adsorben ini dalam menyingkirkan bahan pencemar organik dan bukan organik. Secara keseluruhan adsorben baharu ini telah menunjukkan keupayaan penjerapan yang sangat baik dan kos yang lebih murah berbanding dengan bahan penjerap konvensional lain.
la juga membantu mengurangkan kesan pencemaran air terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. Buku ini amat bermanfaat untuk dimiliki kerana ia memperihalkan strategi untuk merawat efluen domestik dengan cekap, murah dan mesra alam sekitar.