Strategi Implementasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
- Regular price
- RM 188.00
- Sale price
- RM 188.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Strategi Implementasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Author: Mohammed SaniIbrahim Ahmad Zabidi Abdul Razak Husaina Banu Kenayathulla
Publisher: UM Press
ISBN: 978-983-100-810-2
Year: 2015
Weight: 0.500 kg
Pages: 840pp
Price: RM188
Buku ini ditulis untuk memberipanduan kepada para pemimpin pendidikan, guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapadan ahli-ahli masyarakat serta ahli-ahli akademik untuk membolehkan merekamemahami falsafah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, konsepkepimpinan yang berkualiti yang diperlukan oleh institusi-institusi pendidikanmasa kini dan masa hadapan. Kebanyakan pemimpin sekolah adalah asalnya datangdaripada pelbagai peringkat dalam profesion keguruan. Apabila mereka diberipeluang untuk menjadi pengetua atau guru besar, mereka perlu mempunyaipengalaman profesional yang mencukupi. Secara amalannya, perjalanan daripada status guru kepada pemimpin adalahproses transisi dan incremental yang menjadikan aktiviti-aktiviti pengajaranmereka di bilik-bilik darjah bertukar kepada aktiviti-aktiviti kepimpinan danpengurusan. Oleh itu, satu faktorpenting dalam membolehkan pemimpin-pemimpin untuk membina dan memupuk kesedaranterhadap tujuan dan fungsi sekolah, dan untuk menggerakkan penambahbaikansekolah, ialah perlunya pembangunan secara berterusan untuk guru-guru dan parapemimpin. Oleh itu buku ini lebih menggunakan pendekatan untuk `membimbing’pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar novis bagi memahami skoptanggungjawab mereka di sekolah, guru-guru, para pelajar dan ibu bapa sertaahli-ahli komuniti dan menunjukkan langkah demi langkah ke arah menjadikansekolah-sekolah mereka lebih berkesan, berprestasi tinggi, yang bolehmeningkatkan keberhasilan pelajar mereka seperti mana yang dihasratkan olehPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
Dr Mohammed Sani Ibrahim ialah FeloPenyelidik Kanan di Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan,Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Dr Ahmad Zabidi Abdul Razak ialahTimbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan), Fakulti Pendidikan, UniversitiMalaya.
Dr Husaina Banu Kenayathullaialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan,Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.