• tafsir_mawdui-500x500
  • tafsir_mawdui-500x500
1

Tafsir Mawdui: Harta menurut Perspektif al-Quran

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Tafsir Mawdui: Harta menurut Perspektif al-Quran

Author: Muhd Najib Abdul Kadir, Mazlan Ibrahim & Zulkifli Abd. Mubi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674122751
Pages: 172
Weight: 0.259kg
Year: 2015
Price: RM30

Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan ke atas junjungan nabi Muhammad SAW untuk memandu umat Islam ke arah kesejahteraan dan keredhaan Allah SWT. Dengan tata dan gaya bahasa yang begitu tinggi dan menakjubkan, umat Islam memerlukan kepada pentafsiran yang lebih jelas dan benar serta tidak menyimpang daripada maksud yang dikehendakinya. Para mufassir dari semasa ke semasa bahkan sehingga ke hari ini sentiasa berusaha untuk mengembangkan metode pentafsiran al-Quran untuk memudahkan umat Islam memahami al-Quran seterusnya menghayati dan mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Pentafsiran secara tematik (tafsir maudui) pada masa kini telah memberi pembaharuan dalam pentafsiran al-Quran. Ini dapat diperhatikan dengan munculnya perbincangan atau kajian serta tafsiran yang memfokuskan kepada tajuk atau tema tertentu di dalam al-Quran. Walaupun pelbagai metode yang digunakan untuk mentafsir al-Quran namun ulama tafsir kontemporari lebih cenderung memilih metode tafsir maudui kerana ia begitu mendapat tempat di hati umat Islam pada masa kini. Justeru, buku ini mengungkapkan topik menarik yang dibahas melalui perspektif al-Quran dengan menggunakan metode tafsir maudui yang bertemakan ekonomi. Topik-topik ini adalah hasilan daripada kertas kerja pelajar sarjana di Fakulti Pendidikan Islam, UKM dengan bimbingan daripada pensyarah yang terbabit dalam perbincangan ini.