Tasawur Islam Dan Pembangunan
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tasawur Islam Dan Pembangunan
Author/Penyelenggara: Mohd Shukri Hanapi
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834614119
Weight: 300g
Pages: 254
Year: 2014
Price: RM23
Buku ini membicarakan hubungan tasawur Islam dengan pembangunan. Pembangunan yang dimaksudkan ialah pembangunan berteraskan Islam (PBI). PBI berbeza daripada pembangunan lazim. PBI terbina daripada tasawur Islam yang lahir daripada epistemologi Islam. Epistemologi Islam berakar umb daripada empat sumber utama, iaiu al-Quran, hadith, ijmak dan qiyas. Keempat-empat sumber ini membentu tasawur Islam yang jauh berbeza daripa tasawur lazim. Malah ia menjadi acuan kepada pembentukan teori PBI. Pembangunan lazim pula terbina daripada tasawur lazim yang lahir daripada epistemologi barat. Epistemologi Barat berakar umbi daripada hujah-hujah akal dan rasional semata-mata, iaitu pemikiran pengasas-pengasas teori pembangunan yang terikat dengan falsafah pembangunan lazim seperti pasca klasik dan radikal.Pembangunan Berteraskan Islam yang dibina beracuankan tasawur Islam mempunyai enam pola, iaitu berpaksikan tauhid, berkaedahkan pengabdian diri kepada Allah SWT, manusia sebagai hamba dan khalifah dalam pembangunan, sumber alam sebagai alat atau wasilah pembangunan, keseimbangan antara dunia dengan akhirat dan akhirnya bermatlamatkan untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Dirumuskan bahawa PBI yang dibina beracuankan tasawur Islam ini mempunyai lima kekuatan. Pertama, sumbernya wahyu; kedua, tunjangnya tauhid; ketiga, elemen-elemen asasnya merangkumi hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manausia dengan sumber alam; keempat, tempohnya meliputi roh alam, alam dunia dan akhirat; dan kelima, matlamatnya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.