• The-ASEAN-Miracle
  • The-ASEAN-Miracle
1

The ASEAN Miracle: A Catalyst for Peace (Edisi Bahasa Melayu)

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

The ASEAN Miracle: A Catalyst for Peace (Edisi Bahasa Melayu)

Penulis: Kishore Mahbubani & Jeffery Sng

Penerbit: Media Masters Publishing

Mukasurat: 251 m/s

Tahun: 2017

ISBN: 9789834430085

“The Association of Southeast Asian Nations” atau dikenali sebagai ASEAN dianggap sebagai keajaiban. Kenapa?Dalam era yang mendorong pemikiran pesimis budaya, ramai ahli pemikir percaya tamadun yang berbeza terutamanya Islam dan Barat tidak boleh hidup bersama dalam suasana aman. Sepuluh buah negara yang bernaung di bawah ASEAN ialah contoh kewujudan ketamadunan bersama (civilizational coexistence) yang berkembang mau. Di rantau ini, 625 juta orang penduduk hidup bersama dalam harmoni. Keajaiban ini dibawakan oleh ASEAN. Dalam era yang mendorong pemikiran pesimis ekonomi, yang mana kebanykan golongan muda percaya kualiti kehidupan mereka akan merosot dalam dekad akan datang, Asia Tenggara pula penuh dengan semangat optimis. Dalam era yang mana persaingan geopolitik menjadi semakin sengit dan tegang, ASEAN menyatukan kuasa – kuasa besar dunia yang mencetus persaingan tersebut.Kisah tentang keamanan tidak banyak dikongsi berbanding cerita tentang konflik semasa dan peperangan terkini. Kelemahan ASEAN banyak menghiasi dada akhbar berbanding pencapaiannya yang membanggakan. Tetapi, pena tulisan Kishore Mahbubani dan Jeffery Sng menyajikan berita baik tentang ASEAN untuk dijadikan provokasi dan cabaran bagi seluruh dunia.