• WhatsApp_Image_2022-06-17_at_9.38.37_AM__4_
  • WhatsApp_Image_2022-06-17_at_9.38.37_AM__4_
1

Tokoh-Tokoh Ulama'' Semenanjung Melayu (2)

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Tokoh-Tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (2)

Editor: Ismail Che Daud
Publisher: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
ISBN: 9789832391548
Weight: 
Page: 585
Year: 2021
Price: RM60

Buku ini adalah sambungan kepada buku pertama yang telah diterbitkan sebelum ini. Bezanya, kalau buku pertama menyenaraikan tokoh-tokoh ulama' yang meninggal sebelum tahun 1957, maka buku kedua ini mengandungi nama-nama ulama' yang meninggal selepasnya, hingga tahun 2000.

Hampir semua ulama' dari berbagai negeri di Semenanjung Melayu terwakili dalam buku ini; berawal dengan negeri Legor (Bahasa Thai: Nakhon Si Thammarat) di sebelah utara, membawa kepada negeri-negeri Melayu di selatan seperti Patani, Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Setiap negeri, paling sedikit, menunjukkan seorang ulama' sebagai wakilnya, kecuali, dengan maai, bagi negeri-negeri Johor, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang yang tidak terwakili kerana memang tidak ada penulis yang bersedia menulis dan menghantar tulisan-tulisan mereka untuk dibukukan.

Antara yang terkandung dalam buku kedua ini termasuklah nama-nama ulama' seperti Pak Da Eil Patani, Haji Yaakub Legor, Haji Abdullah Tahir Bunut Payong (Kelantan), Haji Abdullah Langgar (Kedah), Haji Wan Abdul Latif (Terengganu), Syeikh Idris al -Marbawi (Perak), Haji Abdul Wahid Sungai Udang (Melaka), Ustaz Abu Bakar al-Asy'ari (Perlis), Haji Ibrahim Bongek, Rembau (Negeri Sembilan) dan lain-lain.

Selain kandungan utama ini, buku ini juga turut diperkaya dengan beberapa lampiran seperti Ulama Kelantan Di Rantan Orang, Ulama Muhajirin Di Kelantan dan Daftar Kematian Ulama Kelantan hingga tahun 2000.